Wednesday, 4 October 2017
ADAKAH MENYOGOK SYED SADDIQ BUKTI KJ GAGAL MENARIK PENGUNDI MUDA?
Perkara paling nyata mengapa pemimpin-pemimpin Bersatu lebih menjadi sasaran untuk dialihkan kiblat politiknya, terbaru dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa cuba disogok RM5 juta ialah kerana UMNO dan BN begitu bimbang dengan pengaruh parti tersebut.
Tanpa keraguan ia memperlihatkan Bersatu mampu menghakis undi Melayu yang selama ini berpihak kepada UMNO. Bahkan gabungan Bersatu bersama PKR, DAP dan Amanah sehingga membentuk Pakatan Harapan adalah saingan yang paling ditakuti oleh Najib Razak.
Lantaran takut itulah Syed Saddiq diberikan tawaran lumayan untuk meninggalkan Bersatu yang berkebetulan dalam waktu yang sama beliau juga ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Oxford.
Sebelum ini beberapa pemimpin serta pengasas Bersatu turut meninggalkan parti itu dan beberapa individu lain pula muncul satu persatu dengan pelbagai serangan terhadap Tun Mahathir Mohamad khususnya.
Berkaitan Syed Saddiq, dengan bilik sidang akhbar di sebuah hotel mewah sudah diaturkan pada Isnin lalu, beliau hanya perlu mengumumkan keluar Bersatu, disusuli dengan menyerang Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir, beberapa ketika kemudian wang tunai RM500 ribu dan geran RM4.5 juta untuk membuka sekolah debat akan menjadi miliknya.
Jika Syed Saddiq seorang yang oppurtunis dan mementingkan diri sendiri, beliau tentu saja akan menerima tawaran tersebut yang bersamanya, duit dia dapat dan melanjutkan pelajaran ke Oxford dia dakap.
Tapi apa jadi kepada negara ini jika dengan keputusan beliau menerima tawaran itu, BN menang lagi dan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri?
Sekembalinya dari Oxford dengan ijazah sarjana dalam bidang polisi awam, Syed Saddiq tidak mustahil akan diberikan jawatan yang baik-baik dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan, namun apa faedah yang rakyat perolehi dan adakah generasi muda lain akan turut menerima kebaikan juga?
Melihat kepada lapan tahun yang sudah berlalu, tiada jaminan langsung negara ini akan menjadi lebih baik selagi ia terus dipimpin Najib. Jika lapan tahun pemerintahannya penuh dengan skandal, pembaziran dan kemewahan, lapan hari saja pun selepas PRU 14 adalah detik yang bakal memeritkan buat kita semua.
Sebab itu, tindakan Syed Saddiq menolak dedak bernilai RM5 juta haruslah dipuji dan diberikan sanjungan. Beliau terbukti tidak mementingkan dirinya semata-mata.
Oxford atau mana-mana universiti ternama dunia tentu saja boleh menerima beliau bila-bila masa selepas ini, tetapi kesedaran beliau tidak mungkin ada peluang kedua untuk menyelamatkan negara selain PRU 14.
Hanya dalam PRU 14 inilah peluang terbaik untuk menyingkirkan kleptokrat yang selama in menyusahkan rakyat dan kemudian menyusul harapan untuk memulihkan semula negara ini.
Maka, menjadi kewajipan untuk kita bersama-sama dengan iltizam beliau untuk menyelamatkan negara ini daripada terus rosak dan binasa. Diukur dari segi usianya yang baru berumur 25 tahun, dengan peluang melanjutkan pelajaran yang terbuka sambil dapat bergelar orang kaya, keputusan yang dibuat oleh Syed Saddiq tidaklah mudah sebenarnya.
Malah, belum tentu anak tok guru, anak lebai atau anak ulama jika mendapat tawaran yang serupa, mampu membuat keputusan yang sama seperti Syed Saddiq.
Kenapa Syed Saddiq menjadi sasaran?
Selain kerana beliau merupakan salah seorang pemimpin Bersatu dan terus melemahkan parti itu bermakna akan memberi satu kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya, sebab lain Syed Saddiq cuba ditarik ialah ia menunjukkan betapa gagalnya Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO dalam menggamit hati pengundi-pengundi muda selama ini.
Lebih separuh daripada keahlian Bersatu adalah golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah. Dengan ketrampilan dan pelbagai kelebihan lain yang dimilikinya, Syed Saddiq tidak dinafikan mampu memberi impak berkesan dalam menarik lebih ramai pengundi muda untuk menolak Najib.
Dengan gambaran demikian, ia dengan sendirinya memperlihatkan KJ dan Pemuda UMNO semakin ditinggalkan dan bukan lagi pilihan bagi golongan muda negara ini. KJ, bagi kebanyakan orang muda, bukanlah ikon mulia, tetapi lebih terserlah sebagai lambang pemuda berwatak angkuh, sombong, kasar dan gemar mengejar glamour.
Itulah sebabnya mengapa Armada Bersatu cuba dilumpukan dan ketuanya, Syed Saddiq ditawarkan dengan pakej imbuhan yang tidak pernah dikemukakan kepada sesiapa sebelum ini. Jika Pemuda UMNO benar-benar masih berbisa, tiada keperluan sama-sekali untuk menyogok Syed Saddiq dan melumpuhkan Armada Bersatu yang dipimpinnya.
Seolah-olah hanya dengan melumpuhkan Armada Bersatu dan mengalih kiblat politik Syed Saddiq, itulah harapan untuk pengundi muda akan kembali menyokong Najib, UMNO dan BN.
Sebagaimana yang diakui oleh Syed Saddiq, usaha menyogoknya itu dilakukan oleh penasihat kanan Najib, bermakna kegagalan KJ dan Pemuda UMNO dalam menambat hati generasi muda dengan sendirinya juga dalam pengetahuan rangkaian penasihat Perdana Menteri.
Barangkali kerana ketidakyakinan sokongan orang muda itulah yang menjadi salah satu punca Najib belum berani mengadakan pilihanraya.
Apa pun, Syed Saddiq telah membuat keputusan tepat dengan mengenepikan kepentingan dirinya sendiri, sebaliknya memilih untuk berkorban demi negara terlebih dahulu.
Selepas negara ini diselamatkan dan kleptokrat disingkirkan, ganjaran Tuhan pasti ada buat Syed Saddiq dalam mengejar cita-cita dan impiannya yang tertangguh itu. Tuhan akan sentiasa berbuat baik kepada hambaNya membuat kebaikan.(ShahbudinHusin 04/10/2017)
Posted by Shahbudin Husin at 18:26

Hello! I know this is kind of off topic but I was wondering which blog platform are you using for this
ReplyDeletesite? I'm getting sick and tired of Wordpress because I've had problems with hackers and I'm looking at options for another platform.
I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform.
Excellent beat ! I wish to apprentice while you amend
ReplyDeleteyour site, how could i subscribe for a blog site? The account aided me a acceptable deal.
I had been tiny bit acquainted of this your broadcast provided bright
clear idea