Sunday, October 8, 2017

Pendedahan Bekas Paskal: Rahsia pergerakan tentera negara

Bekas Komando Paskal Dedah Rahsia Ketenteraan Negara Yang Korang Patut Tahu
October 7, 2017
PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem Malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera Malaysia pada meja Pegawai Tinggi . Tujuannye untuk membalas dendam kerana jet Singapore sering ceroboh ruang udara Johor.. deorang melakukan tugas itu 1 hari je tanpa di kesan. Kakitangan Kompleks Pertahanan Singapore yang terlibat telah dipecat kerana insiden itu. (hahaha…tekentut orang singapore)…

Credit:shah paskal - sumber

5 comments:

  1. itu semua dulu da jadi sejarah. dulu latihan masok hutan buru pengganas.la ni cam na latihan. pengganas da takda. bole cekap cam dulu ker.la era IT latihlah ATM jadi pakar IT dan Pengodam.

    ReplyDelete
  2. bukti malaysia adalah boneka zionis

    ReplyDelete
  3. Seandainya kita semua mampu menggapai kepuncak mahligai CINTA..

    Apb kita mampu melihat dan merasa bhw kita semua sbg umat manusia wpun berbilion2 jumlahnya adalah SATU family @ keluarga besar yg memilik darah bewarna merah serta DNA yg serupa, krn Adam as adalah 'punca' yg mnjd bapa kita yg sbnr2nya..

    Jadi, perlukah kita kpd senjata2 serta BOM2 nuklear yg canggih utk membunuh sesama saudara mara kita sendiri ddlm SATU keluarga yg telah pun kita kenali itu? Oh! alangkah Barbarick nya!!

    Perlukah bajet yg berbillion2 hatta trillions semata2 utk mmbuat senjata yg pd akhirnya akan membunuh saudara mara kita sendiri ddlm SATU kelurga besar itu yg telah pun sama2 kita fahami yg berpunca dari Adam as yg mmiliki DNA darah merah yg sama sprt kita juga??

    Klu kita benci kezaliman dan pembunuhan berlaku kpd ahli keluarga terdekat yg kita sayangi, tentu sekali kita juga benci ianya trjd kpd keluarga BESAR yg juga kita kasehi itu.. disitulah "RAHMATAN-Lil-Alamiin" jika kita benar2 dpt menggapai puncak mahligai CINTA.

    Dpt kah kita bayangkan dunia TANPA senjata..tanpa senjata dan BOM2 nuklear yg sgt2 EGOISTIK, yg sgt2 bebal lg tersgt2 Barbarick yg pd hakikatnya pasti akan membunuh kita dan cucu cicit kita semua hatta planet dunia ini keseluruhannya!!!?

    Sama samalah kita meraikan CINTA Kaseh Sayang, meraikan Integrity Transperency yg luhur LURUS telus kudus dan suci..yg mnjd harapan SATU keluarga besar yg pasti sama2 kita impikan!

    Sesungguhnya "elegance-MIND" dan TENAGA yg miracle itu ada ddlm diri kita semua, jd sama2lah kita meraikan serta meWAR2 kannya..

    "As what u SAY(tru ur HEART intently), u shall be" hi hi..




    ReplyDelete
  4. memang tekentut tengok pakta ni
    tapi apakan daya maseh lagi jadi balua amalika
    tapi kalau diserang dari udara tekentok pulak kita
    ada kapai telebang pun berapa kerat saja
    dunia lain dah canggih kedepan kita baru ikut kut belakang
    sebab kita kena beli alatan dari diaorang
    kita bukan pencipta tapi pengguna
    kat negara kita ramai pencipta rasuah
    itu saja yang pandai
    itulah dunia kita

    ReplyDelete
  5. Perkara 20 tidak tepat keranamereka tidak berjaya menakluki Malaysia dengan senjata tetapi hari ini mereka telah takluki Malaysia dengan wang.UMNO pula sekarang amat bangga dijemput berucap di persidangan Komunis di China.

    ReplyDelete