Thursday, October 19, 2017

PAS - UMNO bersatu: Ini yang rakyat nak lihat!

Ustaz Zolkharnain Abidin Alabyadhi

RAKYAT BERSUJUD SYUKUR JIKA PAS - UMNO BERSATU

1. Annuar Musa ahli Umno. Nasharuddin Mat Isa, masih ahli Pas. Kedua-duanya bersuara dgn nada yg sama walaupun dgn lenggok bahasa yg berbeza. Dipercayai, mereka berdua juga punya niat yg sama iaitu Pas - Umno perlu memuktamadkan kerjasama yg lebih akrab berbanding sekadar bertaawun secara matang dan sejahtera.

2. Umno mengaku parti Melayu dan Pas pula mengaku parti Islam. Apa salahnya demi Melayu - Islam, Pas dan Umno bekerjasama dlm PRU akan datang utk tidak berlawan sesama sendiri. Mereka fokus utk lawan PH saja. Mereka senang, rakyat pun senang utk buat keputusan.

3. Mengeratkan kerjasama Pas - Umno atas nama taawun atau kolaborasi politik tidak berlawanan dgn hukum politik demokrasi. Bahkan bagi ulama Pas, kerjasama parti itu dgn Umno tidak berlawanan dgn hukum syarak mengikut qaul jadid (pendapat baru), selepas qaul qadim (pendapat lama) termansukh.

4. Dalam qaul qadim, kerjasama dgn Umno haram sebab Umno mendokong perlembagaan penjajah dan sembelihan orang Umno dikira bangkai sebab mereka memisahkan agama dgn politik. Tapi qaul jadid sudah memansuhkan semua qaul qadim kerana perubahan masa, tempat dan waqi' (realiti). Realiti kini, kerjasama dgn Umno adalah harus.

5. Annuar kata, Pas - Umno punya DNA yg sama. Nasharuddin kata, kerjasama itu perlu demi kebaikan negara. Nah, jika gayung sudah bersambut dan tepak sudah mencari sireh, apa salahnya saranan itu diraikan dlm sebuah acara yg gilang-gemilang. Semua itu bukan lagi suatu kesalahan dlm hukum politik dan hukum agama.

6. Saya fikir, Pas mesti lebih berani dalam langkah politiknya utk bersama dgn Umno kerana ahli Pas yg masih bersama Pas kini, terutama yg bersama dlm acara fastaqim, tidak akan meninggalkan Pas walaupun halilintar membelah bumi. Setia mereka kpd Pas sama seperti setianya air bertakung dgn lumut. Lagi erat kesetiaan itu, lumutnya lebih hijau dan airnya juga akan jadi hijau. Jadi apa salahnya takungan itu diperkemas?

7. Hukum agama tidak lagi menjadi halangan sebab, idea politik matang dan sejahtera didokong oleh ulama Pas dan direstui oleh Presiden Pas yg bukan calang-calang orang. Beliau Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sehingga ada tokoh ulama yg berkata, nak belajar fiqh, tauhid, politik, bahasa, belajarlah drpd Syeikh Abdul Hadi. Ini pengiktirafan yg tiada ternafi lagi.

8. Mursyid Am Pas juga sudah melabelkan Amanah sebagai Muktazilah, lanjutan drpd DAP dilabel sebagai kafir harbi, PKR sebagai pragmatis, maka apa lagi alasan yg ingin dicari oleh ulama Pas. Takkanlah Muktazilah, kafir harbi dan golongan pragmatik mahu dibiar berkuasa selepas PRU akan datang. Takkan Mahathir nak dibiarkan. Semuanya mesti dihalang, bahkan wajib dihalang.

9. Cara menghalang yg paling baik ialah Pas - Umno bersatu, bekerjasama atau lebih baik bergabung untuk lawan PH. Pas - Umno sudah punya matlamat dan niat yg sama, maka teruskanlah niat suci itu. Saya percaya rakyat Malaysia akan merestui niat dan hasrat Pas - Umno itu.

10. Permudahkanlah rakyat utk membuat keputusan dlm PRU akan datang. Jika Pas - Umno bekerjasama lebih akrab dan lebih jelas drpd apa yg sedang berlaku kini, bukan saja orang yg bukan Pas akan bersujud syukur, bahkan pentaksub Pas juga akan bersujud syukur dgn nikmat kerjasama itu.

5 comments:

  1. Sama ada PAS bersekutu dengan UMNO/BN atau dengan PH atau besendirian dalam blok ketiga, aku berikrar tetap tidak akan mengundi PAS lagi. PAS adalah parti lidah bercabang penuh dengan kesumat hanyir malah sanggup menodai mana-mana gabungan yang disertainya.

    ReplyDelete
  2. Ulama siapa ulama berapa buku mereka karang, bagaimana fatwa fatwa mereka berapa ribu penuntut mereka ,ikhlaskah mereka,atau mereka menerima upah, apakah mereka hidup zuhud seperti khalifah dahulu,atau dimulut mereka penuh kejian makan terhadap kawam Dan lawan mereka, jika buka semua itu bermuhasabahlah

    ReplyDelete
  3. setuju tuan..

    jika pas tk buat pendirian bersama umno maka kita faham yg pas menyokong umno. kerana pas dgn jelas dan terusterangnya menolak PH.

    maka eloklah ditolak pas demi perubahan pemerintahan

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan ustaz. Qaul qadim telah tertutup dengan waqi' semasa. Sekarang Pas sudah berdrama 'tegang leher' dengan Umno. Tok Pa beri dua tiga kilas, Pas balas empat lima kilas. Konon berseteru. Lakonan politik Pas Umno. Namun, mainan Pas Umno mudah dibaca. Ruu 355 jadi 'hantaran' meminang undi rakyat. Akhirnya, undi rakyat menjadi seperti abu di atas tunggul. Akibat bantuan qaul jadid Pas dalam gelap.

    ReplyDelete
  5. Terbaik dari ustaz zol. Kikiki

    ReplyDelete