SPRM tahan naib presiden Warisan
Jason Santos
Diterbitkan pada 5 Oct 2017 10:17PM
Susulan penahanan Naib Presiden Warisan, Peter Anthony petang tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijangka akan menahan lebih ramai individu yang terbabit kes penyelewengan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. – Gambar Facebook, 5 Oktober, 2017.
Naib Presiden Warisan, Peter Anthony ditahan petang tadi ketika hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah untuk memberi kenyataan.
Sumber dipercayai daripada parti itu memberitahu The Malaysian Insight, lebih ramai akan ditahan berikutan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
Borneo Today melaporkan ahli perniagaan yang kini berkecimpung dalam bidang politik itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat untuk ditahan reman.
"Walaupun ada yang ditahan, perjuangan Warisan masih akan diteruskan. Kita tidak boleh membiarkan hal-hal seperti ini menghalang kita," kata sumber itu.
Peter adalah antara beberapa ahli perniagaan dan kontraktor di Sabah yang memperoleh projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang pernah disandang oleh Shafie Apdal, presiden Warisan, lapornya.
Pada Rabu, pegawai penyiasat SPRM menyerbu 15 lokasi di Sabah semasa operasinya dan memanggil pelbagai pegawai daripada pejabat perniagaan dan kementerian.
Lebih RM180 juta tunai juga dirampas semasa pegawai anti-rasuah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana daripada kementerian terbabit.
Sementara itu, dua lagi individu telah ditangkap oleh SPRM di Putrajaya malam ini, timbalan setiausaha KKLW dan seorang ahli perniagaan berusia 52 tahun.
SPRM berkata penangkapan tiga individu itu adalah untuk memudahkan siasatan terhadap penyelewengan dana kerajaan.
Peter, pemilik Asli Jati Engineering Sdn Bhd ditangkap semasa disiasat di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu sekitar jam 6.40 petang.
Pegawai kementerian kanan berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Norhartaty Rahmat manakala ahli perniagaan pula bernama, Yu Sin Kong.
"Norhataty ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 8.15 malam dan Sin Kong sekitar jam 8.45 malam," menurut satu sumber di pejabat SPRM negeri. – 5 Oktober, 2017.

No comments:
Post a Comment