'Kaji dahulu kerjasama dengan Pas' - Tengku Razaleigh
Vivi Sumanti, Astro Awani | Oktober 08, 2017 13:53 MYT

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu pucuk kepimpinan UMNO mengkaji dahulu kerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) akan datang.
Beliau bimbang keadaan seperti 'pisang berbuah dua kali' berlaku dalam hubungan kedua-dua parti terbesar orang melayu itu.
Ini kerana, beliau mengambil iktibar sebelum ini kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan perjuangan kedua-dua parti itu tidak sekata.
"Asalkan kita memperjuangkan hak rakyat dan memenuhi kepentingan bersama, saya rasa tidak ada sebab untuk kita boleh bekerjasama," katanya ketika ditemui di Bukit Cekati, di sini hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan pertandingan tiga penjuru di Kelantan pada PRU-14, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu adalah baik.
Katanya, perkara itu dapat menjadi ujian kepada pengundi di Kelantan bagi memilih parti mana yang mereka suka dan dapat berjasa kepada rakyat.
"Orang UMNO tak boleh tunggu lagi dah sebab kita hendak cuba diterima atau tidak di Kelantan ini dan saya percaya orang UMNO yakin rakyat di Kelantan ini memihak kepada kita sekarang.
"Kerana selama Pas berkuasa di sini rakyat tidak mendapat peluang mencari kehidupan yang terjamin, sebab itu rakyat di Kelantan hampir 50 peratus cari makan di luar negeri terutama di Lembah Klang," katanya lagi.
Beliau bimbang keadaan seperti 'pisang berbuah dua kali' berlaku dalam hubungan kedua-dua parti terbesar orang melayu itu.
Ini kerana, beliau mengambil iktibar sebelum ini kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan perjuangan kedua-dua parti itu tidak sekata.
Bagaimanapun, beliau tetap menyokong sekiranya kerjasama itu dapat memberi faedah kepada rakyat.
"Tidak ada cadangan kita nak bergabung, saya tidak fikir orang bawahan akan menyokong untuk bergabung dan pihak Pas pun tidak ada cadangan hendak bergabung dengan kita (UMNO)."Asalkan kita memperjuangkan hak rakyat dan memenuhi kepentingan bersama, saya rasa tidak ada sebab untuk kita boleh bekerjasama," katanya ketika ditemui di Bukit Cekati, di sini hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan pertandingan tiga penjuru di Kelantan pada PRU-14, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu adalah baik.
Katanya, perkara itu dapat menjadi ujian kepada pengundi di Kelantan bagi memilih parti mana yang mereka suka dan dapat berjasa kepada rakyat.
"Orang UMNO tak boleh tunggu lagi dah sebab kita hendak cuba diterima atau tidak di Kelantan ini dan saya percaya orang UMNO yakin rakyat di Kelantan ini memihak kepada kita sekarang.
"Kerana selama Pas berkuasa di sini rakyat tidak mendapat peluang mencari kehidupan yang terjamin, sebab itu rakyat di Kelantan hampir 50 peratus cari makan di luar negeri terutama di Lembah Klang," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment