* Bila buka tajuk ini (kerjasama/penyatuan PAS-UMNO), boleh dikatakan semua pemimpin PAS tidak senada.....ini bermakna mereka sedang membohongi pengikut dan wala'un mereka
PAS: Umno tak hentam kami sebab tiada modal
N Faizal Ghazali 9 Okt 2017, 3:51 petang
Ketika Umno berkata mereka bertanggungjawab dengan tidak menghentam kerajaan negeri, PAS pula bagaimanapun tidak melihat begitu.
Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kenyataan pimpinan Umno negeri sebaliknya kehabisan modal.
"Mereka dah hentam sokmo (selalu) dah, tetapi bila dah tak ada tempat (isu) keluarlah kenyataan seperti itu.
"Kalau dia ada tempat (isu) yang betul-betul (jelas) dia hentam dah.
“Tak ada modal, " katanya pada sidang media selepas merasmikan penutup Forum Petani dan Usahawan Bersama Rakan Industri anjuran Pejabat Pertanian Kelantan, di Kota Bharu hari ini.
Che Abdullah mengulas kenyataan Umno Kelantan yang memilih untuk tidak menghentam kerajaan negeri bawah pemerintahan PAS menjelang pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Malaysiakini semalam melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya kini mengambil pendekatan bertanggungjawab dan tidak menghentam terlebih dahulu.
"Semua kita bersaudara. Seperti saya sebutkan di Pasir Mas (sebelum ini), kita bersaudara - Islam dan Melayu, " katanya.
'Yang keluar itu ahli bermasalah'
Berkaitan penghijrahan anggota PAS kepada Umno, anggota dewan undangan negeri (ADUN) Wakaf Bharu berkata, perkara itu berlaku sebagai tanda PRU14 semakin hampir.
"Apabila kita semak, mereka ini (ahli) yang memang bermasalah. Yang selalu ada masalah dengan wakil rakyat.
"Bila tiba musim pilihan raya ini adalah yang dipujuk (masuk Umno) tetapi tidaklah dengan jumlah seperti diperbesarkan, " katanya yang tidak gusar merujuk laporan 50 ahli PAS menyertai Umno di Pasir Mas, Sabtu lalu.
Adakah benar ini adalah dalang dan penerokanya? : 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia'

Che lah che lah...
ReplyDeleteKabar gak ghetek
Nate puok2 ni dio dok beraso hagah sokmo
Terguling la puok2mu ngundi sekali ni...