Kenapa Umno hendak bantu RUU 355 PAS?
Zulkifli Sulong, Sheridan Mahavera, Diyana Ibrahim
Diterbitkan pada 11 Oct 2017 7:00AM
RUU 355 memohon untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 bagi memperkasakan hukuman kepada jenayah syariah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2017.
FAKTA: Umno tidak ada ahli Parlimen yang mencukupi untuk membantu PAS membawa rang undang-undang (RUU) kontroversi bagi memperkasakan hukuman kesalahan jenayah syariah di Dewan Rakyat.
Fakta: Umno tidak berupaya meninggalkan rakan kongsinya iaitu parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN), terutama di Malaysia Timur, yang menjadi deposit tetapnya sebelum pilihan raya umum ke-14.
Jadi kenapa Ketua Penerangan Umno Annuar Musa menawarkan bantuan kepada parti Islam itu sekali lagi?
Penganalisis dan ahli politik pembangkang berkata itu hanya satu helah dan keikhlasan Umno dipertikaikan.
“Tidak mungkin Umno akan beri RUU 355 dibahaskan atau diundi sebelum PRU14,” kata Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
“Kerana ia akan memprovokasi rakyat di Malaysia Timur dan menambah risiko yang tidak perlu kepada 57 kerusi di sana,” katanya.
RUU itu memohon untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 bagi memperkasakan hukuman kepada jenayah syariah. Pengkritik berkata ia sebenarnya jalan untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah (hudud dan qisas).
Hakikatnya ialah tawaran terbaru Umno yang dibuat oleh Annuar juga bertentangan dengan tindakan pemimpinnya yang lain, membangkitkan persoalan sama ada parti itu benar-benar ikhlas untuk membantu PAS.
Sementara Annuar yang juga pemimpin Umno Kelantan membuat tawaran itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed pula sibuk menarik penyokong PAS masuk Umno, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar.
Mustapa sedang menerajui kempen Umno untuk mengambil alih Kelantan daripada PAS, yang memerintah negeri itu sepanjang sejak 27 tahun lalu. Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dikatakan bakal menjadi menteri besar Kelantan jika Umno menang.
"Annuar saja yang beria-ia bagi pihak Umno setakat hari ini. Ku Li (Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah) nampak tak berminat,” kata Hisomuddin.
"Mustapa Mohamed pula terima ahli PAS masuk Umno menyebabkan ketua Pemuda PAS marah-marah."
Wong berkata Mustapa dan Annuar nampaknya tidak sehaluan dalam menyusun strategi parti untuk mengambil alih Kelantan.
“Jika Umno tawan Kelantan, Mustapa mungkin calon MB.
“Kerjasama lebih rapat dengan PAS tidak akan bantu beliau menangi Kelantan atau membentuknya semula selepas menang. Pelawaan untuk berdamai yang dihulurkan oleh Annuar membangkitkan persoalan motif dan kredibilitinya.”
Memisahkan pembangkang
RUU 355 pada asalnya ialah RUU persendirian yang dibawa PAS sebelum pemimpin Umno berkata mereka akan mengambil alih dan membentangkannya sebagai RUU kerajaan.
Susulan protes daripada rakan komponen BN, Umno membatalkan rancangan itu dan menyerahkan kepada PAS untuk membentangkannya sebagai RUU persendirian.
RUU itu dibentangkan dalam persidangan Parlimen pada April, julung kali dilakukan oleh parti pembangkang dalam sejarah Malaysia. Namun, ia masih belum dibahaskan.
Dua hari lalu, Annuar mengumumkan yang Umno sanggup bekerjasama dengan PAS untuk melihat RUU 355 dilaksanakan. Tetapi jawapannya masih samar ketika ditanya sama ada ahli Parlimen parti itu akan mengundi RUU itu di Parlimen, atau tidak.
Bekas pemimpin PAS, Khalid Samad berkata tindakan terbaru Umno terhadap parti Islam itu adalah sebahagian daripada kempennya sejak 2008, iaitu memecahkan pembangkang.
"Ini usaha lama Umno dan sebahagian pemimpin PAS pula termakan dengannya. Sebab itulah PAS berpecah dan lahirnya Amanah," katanya yang kini pengarah komunikasi Amanah.
Amanah ialah sekutu dalam Pakatan Harapan (PH), yang dijangka bertanding melawan PAS dan BN pada PRU14.
Amanah dijangka mengetuai PH di Kelantan pada PRU14.
Penganalisis berkata pertandingan tiga penjuru akan biasanya memberi kelebihan kepada BN kerana undi untuk parti pembangkang terpecah.
Veteran Umno, Tengku Razaleigh juga sependapat yang pertandingan tiga penjuru akan membolehkan kubu PAS selama ini iaitu Kelantan akan jatuh ke tangan Umno.
"Rakyat Kelantan mungkin beralih sokongan kepada Umno yang bersedia membawa perubahan,” katanya seperti dilaporkan media baru-baru ini. – 11 Oktober, 2017.

ReplyDeleteBerblog dan mnjd bloger sprt saudara Mountdweller adalah obor pembawa CAHAYA, kadang2 CAHAYA itu samar2 ttpi CAHAYA itu tetap CAHAYA..
CAHAYA dpt mmbawa perubahan yg lebih baik..
CAHAYA dpt mmbuat perbezaan yg terang jelas..
CAHAYA dpt menyuloh sekecil2 samar GELAP n keliru apatah lg yg besar..
Apb CAHAYA semakin terang yg GELAP dgn sendirinya akan lenyap..
Apb CAHAYA ddlm diri kita dan genarasi kita mnjd sgt terang benderang, maka tiada n TIADA lah lg "barbarick-minds" yg GELAP yg tiada Integrity yg suka merompak membunuh mmfitnah meNGELIRU dan bermacam2 lg konspirasi HITAM yg menindas serta menzalimi sesama insan/manusia..
Suburkan dan war2 kan CAHAYA ddlm diri kita dan generasi kita, sama sprt CAHAYA yg tlh dibawa oleh nabi2 dan wali2NYA itu.. krn ddlm CAHAYA itu bersinar2 semangat serta tenaga kearah memumupuk CINTA Kaseh sayang jiwa2 luhur LURUS telus tembus yg penuh INTEGRITY Transparency jujur amanah lg KUDUS yg pasti mmbawa sumber sumber sumber n sumber REZEKI yg berlipat2 kali ganda..
Yess!
Yess n yess!!
CAHAYA Integrity MERIT n transparency adalah sumber REZEKI REZEKI REZEKI n REZEKI yg melimpah2 berlipat2 kali ganda drp ILAHI yg tak dpt diduga lg disangka2..
Subur n war2 kan CAHAYA Integrity serta CAHAYA cinta sesama kita semua..