Tuesday, August 1, 2017

Kalau dah gila nak perang kenapa tak hadapkan senjata pada Israel?

Arab Saudi dan gengnya hanya berani tunjuk jantan kononnya hanya kepada sesama Arab.
Namun apa saja negara haram yahudi lakukan terhadap Arab/Islam mereka diam menikus!

Arab Saudi tuduh Qatar 'isytihar perang'
31 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyifatkan permintaan Qatar untuk mengantarabangsakan ibadat haji tidak ubah seperti pengisytiharan perang terhadap negara itu.

"Permintaan Qatar untuk mengantarabangsakan dua kota suci ini agak agresif dan seolah-olah pengisytiharan perang terhadap negara ini. Kami berhak bertindak balas terhadap usaha itu,"  lapor televisyen al-Araabiya seperti dipetik Reuters.

Bagaimanapun, tuduhan itu disangkal Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, yang menegaskan tiada pegawai negara itu mengemukakan permintaan sedemikian.

"Kami bosan menjawab kenyataan palsu dan cerita diadakan-adakan," kata Sheikh Mohammed kepada TV al-Jazeera.

Qatar menuduh Arab Saudi mempolitikkan ibadat haji dan melahirkan kebimbangan terhadap halangan yang perlu dihadapi rakyat Qatar mengerjakan haji tahun ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan beragama.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain sebelum ini mengemukakan senarai 13 tuntutan kepada Qatar termasuk menghentikan sokongan kepada gerakan Ikhwanul Muslim, menutup stesen televisyen al-Jazeera, menutup pangkalan tentera Turki dan mengurangkan hubungan dengan Iran.

Pada masa sama, menteri empat negara itu menyatakan kesediaan berdialog dengan Qatar jika negara itu menunjukkan minat terhadap tuntutan mereka.

2 comments:

  1. This is a great blog i should say, I generally i do not post comments on other blogs yet would like to say that this post really forced
    me to do so!

    ReplyDelete
  2. Seingat aku saudi hanya perang sesama arab. Tk pernah lawan dgn israel. Saudi n israel keduanya dibawah kawalan amerika. Mustahil mereka akan berperang. Huhuhu

    ReplyDelete