Saturday, August 5, 2017

Adakah 'punah' suami kerana isteri itu betul?

PM Israel dituduh terlibat rasuah, tipu dan pecah amanah
Diterbitkan pada 4 Aug 2017 11:07PM
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa menerima hadiah mewah dan sogok pemilik akhbar untuk liputan positif. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2017.

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu dinamakan sebagai suspek dalam dua siasatan salah laku rasuah, penipuan dan pecah amanah manakala bekas pegawai kanannya membuat janji dengan pihak berkuasa untuk jadi saksi bagi pihak pendakwaan.

Netanyahu didakwa menawarkan ganjaran perniagaan kepada seorang pemilik akhbar dengan syarat beliau mendapat liputan berita yang baik serta menerima rasuah daripada seorang jutawan Hollywood, lapor portal berita The Independent.

Netanyahu menafikan tuduhan tersebut dan melalui jurucakapnya menegaskan tuduhan-tuduhan bermotifkan politik.

"Kami menolak sepenuhnya tuduhan yang tidak berasas terhadap perdana menteri ini,” kata jurucakap itu seperti dipetik oleh Haaretz.

Kes terhadap Netanyahu didedahkan dalam satu permohonan mahkamah bagi mendapatkan perintah sekatan media terhadap laporan rundingan antara pihak berkuasa dengan bekas pegawai perdana menteri itu, Ari Harow untuk jadi saksi pendakwaan. Perintah berkenaan berkuatkuasa sehingga 17 September ini.

Rundingan itu selesai pada Jumaat dengan Harow menandatangani perjanji beliau setuju untuk memberikan keterangan dalam dua kes itu.

Pengesahan kes yang melibatkan tuduhan serius ini muncul sehari selepas isteri Netanyahu, Sara disoal siasat polis dalam satu kes berlainan melibatkan tuntutan kos sara hidup untuk kediaman perdana menteri.

Netanyahu didakwa dalam dua kes berbeza. Kes pertama yang dinamakan Kes 1000 melibatkan produser filem Hollywood Arnon Milchan yang dikatakan memberi hadiah mewah termasuk curut dan minuman keras bernilai berjuta-juta ringgit kepadanya untuk lobi mendapatkan visa Amerika Syarikat. 

Peguam Netanyahu menegaskan curut dan minuman keras itu hanyalah hadiah daripada kawan kepada seorang kawan.

Kes kedua yang dikenali sebagai Kes 2000 melibatkan tuduhan ganjaran komersial kepada pemilik akhbar di Israel, Arnon Mozes bagi mendapatkan liputan media yang positif.

Mozes memilik akhbar Yedioth Ahronoth, salah sebuah akhbar terbesar di Israel.

Bekas pegawai kanan Netanyahu yang kini bakal jadi saksi pendakwaan sebelum ini juga disyaki terlibat dalam rasuah, penipuan dan pecah amanah. Media melaporkan kes terhadap Netanyahu dibuka berdasarkan kepada rakaman perbualan telefon antara mereka berdua. – Agensi, 4 Ogos 2017 - sumber

No comments:

Post a Comment