Nur Jazlan: Memang namanya ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’
Timbalan kepada Ahmad Zahid Hamidi itu berkata perkara itu boleh disahkan menerusi pendaftaran universiti bekas perdana menteri itu.
KUALA LUMPUR: Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty” yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah benar.
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, ia kerana ada banyak cara mengenalpasti perkara berkenaan seperti pendaftaran universiti bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
“Dari segi pendaftaran universiti, dia (Dr Mahathir) dulu pun nama yang dia pakai nama apa. Tapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada maklumat itu.
“Saya tak nak cakap perkara itu diubah dan sebagainya. Tetapi nak semak balik nama Mahathir yang asal, boleh semak balik pada pendaftarannya masa di universiti,” katanya kepada pemberita selepas melawat TRIS Centre, iaitu Pusat Pendaftaran Pelarian, hari ini.
Zahid menerima kritikan pelbagai pihak selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan ahli Umno Kelana Jaya, di mana beliau mendakwa nama penuh Dr Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.
Semalam, Dr Mahathir menjelaskan orang India Muslim tidak menggunakan “anak lelaki” (a/l) atau “anak perempuan” (a/p) pada nama, kerana nama mereka biasanya mempunyai 2 perkataan dan jarang sama antara mereka.
Pengerusi PH menggesa Zahid menunjukkan kad pengenalan yang dikatakan milik “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Nur Jazlan berkata polis akan menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Zahid.
“Polis akan siasat. Tapi kalau dah siasat dan didapati betul macam mana? Isu ini sudah dipolitikkan,” katanya.
Nur Jazlan mempertahankan kenyataan Zahid, dan berkata ia bukan kesalahan kerana kad pengenalan adalah rekod awam.
“Semua orang boleh tahu nama kita…
“Untuk dedahkan apa yang tertera atas kad ini tak salah,” tambahnya.
eh,.sekor lagi tambah cili api,.
ReplyDeleteapa pulak tambah pedas
ReplyDeletememang betoi pung apa yang dikatakatakan tu
sejarah tak menipu yang menipu orang
tapi persoalangnya
selama 22 thaun melayu haprak mana pulak yang duk sokong matde jadi pm
cilako betoi la puak ni
Issue low class macam ni pun Nur Jazlan masuk campur!!!
ReplyDeleteApa dah jadi dgn pemimpin2 sekarang, bukan perah otak pikir masalah rakyat, sebaliknya jadi semakin low class..
Pemimpin2 umno ni, depan rakyat jelata bukan main lagi berikrar utk memartabatkan negara dan membela rakyat.
ReplyDeleteTup-tup bila dah menang, negara entah ke mana dan rakyat pun entah ke mana dicampak mereka. Yang berkuasa itu lah yang diampu walaupun menyusahkan negara dan rakyat.
Adakah mereka tak tau kebejatan yg dilakukan Piem? Mustahil!!!
Demi jawatan, sanggup mereka yg dilantik itu berkhidmat sepenuhnya utk pertahankan orang yang melantik mereka.
Kesian saya kpd rakyat marhaen dan kpd diri saya sendiri.
Penyelesaiannya:Kita ABUkan dlm PRU14 nanti!!!