Wednesday, August 2, 2017

Bagaimana PAS terpalit dengan wang 1MDB

BAGAIMANA WANG 1MDB MENGALIR DALAM PAS

Cuba kita soroti kembali peristiwa sebelum Muktamar 2015.

Pertama:
Berapa banyak ijtimak/perhimpunan yang dianjurkan tanpa melibatkan golongan 'anwarinas' yang merupakan majoriti dalam kepimpinan PAS, yang mana golongan ini dihentam dengan teruk dalam program-program tersebut. Melalui program-program inilah ahli-ahli didoktrinkan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin progresif PAS.

Kedua:
Mampukah PAS dalam keterbatasan kewangan menganjurkan program sebegitu banyak tanpa melibatkan bantuan kewangan PAS Pusat ? Ijtima' Antarabangsa adalah salah satunya. Daripada manakah datangnya duit-duit ini?

Semua ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan. Sudah pasti terdapat perancangan yang rapi tanpa disedari oleh sebilangan besar ahli PAS.

Dengan pendedahan Rafizi, terjawab sudah teka teki selama ini. Terjawablah pimpinan mana yang telah masuk dalam perangkap UMNO.

Mari kita cuba flashback 'move' politik yang telah dilakukan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa. Cara paling mudah untuk membaca 'move' ahli politik adalah dengan membayangkan diri kita berada di tempat ahli politik tersebut.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa dikatakan telah menerima sejumlah wang daripada 1MDB untuk membantu usaha merapatkan PAS dan UMNO.....Apa yang akan saya lakukan di tempat beliau yang pada masa itu tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti?

Pertama:
Saya akan bantu orang-orang yang kelihatan boleh menerima idea tersebut, untuk dinaikkan dalam pemilihan parti.

Kedua:
Saya akan membantu usaha-usaha untuk menjatuhkan pimpinan PAS yang begitu anti dengan idea tersebut.

Ketiga:
Duit itu akan diberikan dengan justifikasi 'Islamik' untuk memastikan pemimpin PAS tidak syak bahawa duit itu datang daripada musuh PAS iaitu UMNO. Justifikasi mudah, duit itu adalah sebahagian jihad atau sumbangan jutawan 'budiman' untuk menewaskan golongan Anwarinas/parasit (berada dalam Amanah sekarang) yang diyakini oleh sesetengah ahli  sedang merosakkan PAS.

Keempat:
Saya juga akan salurkan duit derma ini melalui ramai orang, supaya tiada yang syak bahawa duit itu hanya datang daripada satu sumber iaitu 1MDB.

Kelima:
Saya tentunya tidak akan membocorkan kepada orang-orang tersebut bahawa itu duit 1MDB. Pecahlah tembelang kalau diberitahu.

Nah, jika digabungkan teori 'move' politik dan peristiwa-peristiwa sebelum muktamar 2015, segalanya nampak lebih logik dan jelas bagaimana PAS boleh berada ke tahap ini sekarang.

Dr Fariz Ibrahim
Penganalisa Politik

- via WhatsApp

No comments:

Post a Comment