Thursday, August 3, 2017

Ini juga desakan yang sia-sia

Elak ganggu siasatan kes ‘Iskandar Kutty’, Zahid Hamidi perlu bercuti – M Kula
Pada 2 Ogos 2017
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Naib Pengerusi Kebangsaan DAP M. Kula Segaran berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan kad pengenalan seseorang telah melanggar akta perlindungan maklumat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat mengulas tindakan Zahid membocorkan data peribadi mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan penutup Mesyuarat UMNO Kelana Jaya baru-baru ini.

Tindakan Zahid itu telah mengundang bantahan orang ramai dan laporan polis telahpun dibuat 31 Ogos lalu pleh Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah, Zulhazmi Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurut Kula yang juga seorang peguam, oleh kerana laporan polis telah pun dibuat ke atas Zahid, polis perlu segera membuka siasatan.

Justeru, bagi membolehkan siasatan polis dijalankan ke atas Zahid, Kula berpandangan Timbalan Presiden UMNO itu perlu berehat buat sementara waktu.

“Oleh kerana Zahid bertanggungjawab terhadap Kementerian Dalam Negeri yang mengawalselia beberapa agensi penguatkuasaan dan keselamatan termasuk Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), beliau perlu berehat sementara waktu untuk disiasat,” katanya dalam kenyataan.

Kula turut melahirkan rasa hairan terhadap kelakuan aneh Zahid yang secara semberono menghina Tun Dr Mahathir dengan tohmahan kononnya bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu sebagai telah ‘mempergunakan orang Melayu’.

“Bagaimana mungkin orang yang selama ini berjuang untuk mengetengahkan agenda Melayu dituduh mempergunakan Melayu?” soalnya

Situasi yang melanda UMNO saat ini menurutnya semakin menunjukkan UMNO sedang memasuki fasa yang amat terdesak akibat tekanan politik yang melanda kepimpinan tertinggi parti itu.

UMNO terdesak

“Satu-satunya sebab Timbalan Perdana Menteri terpaksa memainkan taktik kotor sedemikian rupa adalah kerana UMNO semakin terdesak apabila Mahathir berjaya menyampaikan mesej politik Pakatan Harapan kepada akar umbi Melayu, termasuk kepada penyokong akar umno UMNO.

“Pemimpin UMNO tidak mahu orang awam tahu bahawa Mahathir dan partinya (Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM) berjaya mengalihkan sokongan orang Melayu kepada pembangkang,” katanya.

Gejala ketakutan yang melanda UMNO saat ini juga dilihat sepagai petunjuk jelas akan berlakunya ‘Tsunami Melayu’ yang merupakan kebangkitan kesedaran politik dikalangan orang melayu melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, untuk menraih semula sokongan Melayu, UMNO terpaksa menggiatkan lagi propaganda ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman terhadap bukan Melayu.

Dalam insiden Zahid, Timbalan Presiden UMNO itu jelas cuba membangkitkan sentimen perkauman dalam serangannya terhadap Tun Dr Mahathir dengan menghina susur galur keturunan tokoh negarawan itu dengan berkata “Patut lah dia kata kita mudah lupa. Sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty.”

“Untuk menakut-nakutkan orang Melayu, pemimpin UMNO selama ini menggunakan strategi propaganda ‘Cina lawan Melayu’ untuk menyerang DAP,” katanya.

“Sekarang, semuanya telah jelas dengan tuduhan terhadap keturunan Mahathir, ini juga merupakan pendekatan rasis untuk menyerang Mahathir,” katanya. – sumber

1 comment:

  1. Amat jelas Zahid Hamidi memang berniat untuk menghina Tun Mahathir dari segi gaya ucapan mahupun dari segi bahasa tubuhnya. Tidak mustahil disuatu ketika nanti jika ditakdirkan dia diterajang oleh Najib dari kabinet atau parti UMNO, Najib juga akan dihinanya. Mungkin kes Kevin Morrais dulu ada kaitan, maklumlah individu berwatak samseng semuanya diredahnya. Najib kenalah lebih berwaspada.

    ReplyDelete