Saturday, August 5, 2017

Bila pemimpin hanya pandai bercakap......

SATURDAY, AUGUST 05, 2017
Hj Hadi hanya pandai cakap saja...
Mangsa banjir besar 2014 masih belum mendapat pembelaan 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata Negara Kebajikan yang diperkenalkan sejak zaman British tidak menepati konsep 'Negara Berkebajikan' dalam Islam yang lebih luas dan menyeluruh. Baca selanjutnya di sini

Hj Hadi ni hanya bijak bercakap dari buat kerja. Kenapa Hj Hadi tidak memperkenalkan 'Negara Berkebajikan' ketika Pas memerintah Terengganu selama satu penggal, bermula dari tahun 1999 hingga 2004? 

Sewaktu jadi MB Trengganu dulu yang dia perhambat keluar kanak-kanak tadika Kemas mengangkat kerusi keluar dewan....adakah itu menepati ciri 'Negara Berkebajikan' dalam Islam?

Semasa Hj Hadi jadi MB, anak syarikat Kerajaan Negeri, EPIC telah kerugian sejumlah RM37.5 juta dalam satu pelaburan sesat ~ sumber

Tidak ada apa yang nak dibanggakan tentang pentadbiran Hj Hadi yang lalu. Kalau Hj Hadi memperkenalkan konsep 'Negara Berkebajikan' yang kononnya 'Roh Islam' sewaktu memerintah Terengganu dulu, sudah tentu rakyat Trengganu akan kekalkan pemerintahan Pas di situ hingga ke hari ini! 

Dan mungkin pada hari ini, rakyat telah mengangkat Hj Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia!! Hoi tolong jangan nak perasanlah! Hj Hadi hanya diberi peluang sepenggal sahaja jadi MB Terengganu sebab dia hanya pandai cakap tak pandai buat!

Itu cerita di Trengganu.Bagaimana pula dengan di Kelantan? Membangun dengan Islam, membalak dengan Ulamak?

Hj Hadi adalah Presiden parti yang memerintah di Kelantan. Apa peranan Hj Hadi? Tak ada masa sebab sibuk jadi penasihat kerajaan Kleptokrat Najib?

Mana buktinya 'Negara Berkebajikan' seperti yang Hj Hadi katakan itu? Masalah mangsa banjir Kelantan masih lagi terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Menurut Naib presiden AMANAH Datuk Husam Musa pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang :
Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.
Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.
Di Lembah Binjai, kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal.
Kerajaan juga gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan kehidupan.
Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan PAS pada pilihan raya akan datang.  

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am
Burung jenis ini pun pandai bercakap........
gambar hiasan

4 comments:

  1. Step 2: Set up a theme from Titan WordPress Theme to get a Google-compliant WordPress authority website immediately that can optimize for Google free
    site visitors and monetize on the same time.

    ReplyDelete
  2. To answer your question, dohn121, right now I'm getting a little under 6,000 hits
    per day.

    ReplyDelete
  3. Hello! Remarkable blog! I really like how well you referred to Blogger: mountdweller88.
    Thanks for until this well-arranged post in regards to Blogger: mountdweller88!

    This is exactly what I became locate.
    I’m somewhat envious since i can’t generate virtually
    you. Generating sports activity would make me when i say cry and pressured because I really should try
    to write articles an excellent simply because today's academics
    model .
    That we don’t know either I possibly undertake this matter without
    websites .
    The team through the homepage tends to create amazing reports many newspaper composition providers in order to
    really help out of us remain away from fraudulent and get
    best service providers

    ReplyDelete
  4. Hj hadi tak pandai buat kerja hanya pandai cakap je,. Tapi kelebihanya pandai tambah bini,.haha,.

    ReplyDelete