DAP: Selepas dedah ‘Kutty’, Zahid perlu dedah ‘ikan jerung’ dagang manusia
Sejak pengumuman Zahid 2 bulan lalu, sehingga kini tiada sebarang perkembangan berkaitan kes itu, kata pemimpin DAP.
KUALA LUMPUR: DAP mendesak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan 3 individu berpangkat “jerung” yang terlibat kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis pada 2015.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Ramkarpal Singh dari Bukit Gelugor berkata Zahid perlu menampilkan “keberanian” sama yang ditunjukkannya ketika mengumumkan butiran peribadi yang didakwanya daripada kad pengenalan milik Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya cabar adakah beliau berani mendedahkan nama-nama 3 suspek sindiket ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Zahid pada 1 Jun lalu berkata Malaysia akan memohon perintah ekstradisi untuk membawa pulang 3 suspek utama kes pemerdagangan manusia yang berlaku di Wang Kelian, Perlis pada 2015 bagi dibicarakan di negara ini.
Zahid berkata ketiga-tiga suspek itu merupakan dalang utama dalam kes berkenaan dan bukannya suspek “ikan bilis” seperti yang didakwa.
Pada Mei 2015, 130 buah kubur di 28 buah “kem” sindiket pemerdagangan manusia ditemui di Wang Kelian.
Kasthuri berkata, sejak pengumuman Zahid, belum ada sebarang perkembangan terkini berkaitan kes itu.
“Tidak guna jika berucap kencang dalam nada sindir (mereka) yang mempunyai latar belakang India namun diam membisu dalam mendedahkan nama ‘jerung’ dalam sindiket penyeludupan ini.
“Sudah masuk 2 bulan selepas kenyataan Zahid mengekstradisi 3 suspek ini namun tiada apa-apa perkembangan selanjutnya selepas pengumuman itu,” katanya.
Hmm it appears like your website ate my first comment (it was extremely long)
ReplyDeleteso I guess I'll just sum it up what I wrote and say, I'm thoroughly enjoying your blog.
I as well am an aspiring blog blogger but I'm still new to everything.
Do you have any helpful hints for novice blog writers?
I'd genuinely appreciate it.
I love what you guys tend to be up too. This sort
ReplyDeleteof clever work and coverage! Keep up the excellent works guys I've included you guys to blogroll.