Hendak realitistik atau main politik dengan pindaan Akta 164, soal Amanah
Looi Sue-Chern
Diterbitkan pada 11 Aug 2017 7:05PM
Mohamed Hanipa Maidin menyambut baik pindaan Akta 164 yang mana katanya ia memberi pasangan pilihan memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil. – Gambar Facebook, 11 Ogos, 2017.
KETIKA pemimpin PAS menyifatkan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sebagai satu tragedi, seorang pemimpin Amanah yang juga seorang peguam menyambut baik pindaan itu.
Ketua biro undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata pindaan itu tidak akan menyelesaikan semua kes perceraian antara pasangan beragama Islam dan bukan Islam namun sekurang-kurangnya memberi mereka pilihan memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.
Sebelum pindaan ke atas Seksyen 51 akta itu, pasangan yang memeluk Islam hanya boleh memfailkan perceraian di mahkamah syariah. Tetapi oleh sebab keputusan mahkamah syariah tidak mengikat pasangan yang bukan beragama Islam, dari segi teknikal mereka dianggap masih suami isteri.
“Bagi menyelesaikan masalah itu, kerajaan nampaknya cuba pinda Seksyen 51 Akta tersebut dengan cadangan agar apabila salah satu pasangan yang bukan Islam itu masuk Islam, maka salah seorang dari mereka boleh memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil. Pindaan itu juga mencadangkan kedua-dua pihak juga boleh memfailkan petisyen bersama penceraian di mahkamah sivil.
Dan sekiranya petisyen difailkan, maka mahkamah sivil boleh juga dalam masa yang sama menentukan isu-isu sampingan seperti isu penjagaan anak atau nafkah. Dalam perundangan ia dipanggil “ancillary reliefs",” kata Hanipa dalam satu kenyataan.
“Secara jujur, pindaan ini bagi saya agak baik kerana sebelum ini pasangan yang peluk Islam langsung tidak boleh pergi ke mahkamah sivil. Kini, mereka boleh jika hendak.
“Tetapi secara realistik, adakah pindaan ini boleh seratus peratus selesaikan masalah? Di sini, maaf, saya berbeza pendapat dengan Kerajaan.”
Ini kerana katanya, pindaan itu tidak mewajibkan pasangan terlibat memfailkan kes cerai di mahkamah sivil dan tidak memberikan mahkamah sivil hak eksklusif untuk mendengar petisyen perceraian apabila salah seorang pasangan masuk Islam.
Ahli Parlimen Sepang itu juga menjelaskan kenapa Seksyen 5 sebelum pindaan pada minggu ini jadi satu masalah apabila perceraian tersebut melibatkan anak.
Katanya, masalah itu jadi lebih buruk sekiranya pasangan yang beragama Islam memilih mahkamah syariah secara sepihak untuk mendapatkan hak penjagaan anak, atau perintah mengisytiharkan anak terlibat sebagai beragama Islam.
Jelas beliau, ini tidak adil kepada pasangan yang bukan beragama Islam, sekiranya dilakukan secara ex-parte, dan pasangan itu tidak diberikan hak untuk didengar; lebih buruk lagi apabila pasangan beragama Islam itu melarikan anak tanpa pengetahuan pasangan yang satu lagi.
“Kita boleh memahami betapa sedih, kecewa dan marah mana-mana ibu yang dipisahkan dengan anak yang beliau susah payah lahirkan. Ini naluri ibu tanpa mengira agama. Malangnya, ada setengah orang Islam seolah-olah tidak kisah akan hal ini,” katanya.
Keadaan itu juga akan jadi rumit, jelas Hanipa, apabila pasangan terlibat masing-masing membawa kes ke mahkamah yang berbeza (sivil dan syariah) dan kedua-dua mereka mendapat perintah hak penjagaan anak.
“Maknanya , kini ada dua perintah mahkamah,” katanya merujuk kepada masalah yang berlaku sebelum pindaan tersebut.
Kes seperti itu pernah berlaku apabila seorang bapa yang masuk Islam pergi ke mahkamah syariah untuk mendapatkan perceraian dan hak penjagaan ke atas tiga anaknya, yang beliau tukarkan agama kepada Islam tanpa memaklumkan isterinya yang beragama Hindu. Si bapa itu juga melarikan seorang daripada anaknya yang masih berumur 11 bulan.
Kes itu memerangkap seorang wanita Hindu, M Indira Gandhi dalam kes perebutan hak penjagaan anak yang berlarutan sehingga lapan tahun.
Pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat pada awal pagi Khamis itu bagaimanapun tidak memasukan klausa yang menyatakan status agama anak terlibat kekal seperti mana sebelum ibu atau bapa menukar agama.
Hanipa berkata beliau enggan mengulas penarikan klausa itu. Bagaimanapun katanya, dalam soal status agama anak, ulama tidak harus mengetepikan pandangan jurisprudens Islam biarpun pandangan minoriti mungkin lebih realistik dan praktikal.
Kelulusan pindaan itu mencetuskan kekecohan dalam kalangan umaat Islam, termasuk pemimpin politik PAS.
Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Riduan Mohd Nor berpendapat pindaan itu satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia dengan mengatakan ia “kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini.”
Menurut Hanipa, ahli parlimen beragama Islam boleh memilih untuk berhujah dengan emosi dan meraih populariti atau membincangkan isu itu secara objektif dan tenang untuk mencari penyelesaian.
“Pilihan pertama amat mudah dan mungkin tidak perlu berfikir secara mendalam bagi betul-betul memahami masalah sebenar secara teliti dan cuba keluar dengan satu formula penyelesaian yang tuntas dan praktikal,” katanya.
Pilihan kedua itu pula, tambah beliau, lebih berisiko dan tidak populis sifatnya yang “lebih menonjolkan aspek keadilan, dan rahman dan rahim yang menjadi teras utama Islam.”– 11 Ogos, 2017

Yay google is my world beater aided me to find this great web site!
ReplyDelete