Friday, June 3, 2016

Akibat celupar tak bertempat!

‘Jahil Islam’, ulama PAS mohon maaf pada rakyat Sarawak

  | June 3, 2016
Beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
mahfodz-mohamed_sarawak_600
PENGKALAN CHEPA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed membuat permohonan maaf kepada rakyat dan perwakilan PAS Sarawak jika ucapannya sebelum ini mengguris hati rakyat di Bumi Kenyalang itu.
Malah, katanya beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak sebagai jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
Mahfodz berkata kenyataan beliau itu sebenarnya merujuk kepada orang Sarawak yang masih belum memahami politik Islam dibawa PAS sehingga gagal menarik hati pengundi pada PRN Sarawak lepas.
“Kepada perwakilan PAS Sarawak dengan rendah diri saya mohon ampun dan maaf sekiranya kenyataan saya mengenai Islam di Sarawak mengguris hati.
“Apa yang saya nyatakan adalah antara faktor PAS belum menang di Sarawak kerana (rakyat di Sarawak) ramai di sana tak faham politik Islam (yang dibawa PAS), bukannya mereka (rakyat Sarawak) tidak menghayati ajaran Islam (jahil),” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 62 di Putik, di sini hari ini.
Mahfodz ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Tok Bali, Kelantan pada Selasa berkata parti pemerintah di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan ‘pemahaman penjajah’ terhadap Islam sehingga rakyat Sarawak tidak faham Islam (jahil agama).
Mahfodz pada masa sama berkata PAS sedia untuk turun berdakwah ke Sarawak bagi menjelaskan kepada masyarakat di sana makna sebenar perjuangan Islam yang dibawa parti itu bagi menambat kembali sokongan rakyat di sana.
“Kalau benar rakyat Sarawak belum faham ‘harakah islamiah’ (gerakan Islam PAS) insya-Allah dewan ulama akan bincang, AJK akan turun di Sarawak bagi jelaskan politik Islam, kita gilir-gilir turun. Memang tugas ulama untuk berdakwah. Insya-Allah bila dah sampai Sarawak akan pergi Sabah,” katanya.

4 comments:



  1. Siapa yg lebih tolol dan lebih jahil?

    Tentulah mrk yg prasan sbg holamak ttpi dangkal utk mmahami masyarakat disekelilingnya..

    Lalu dgn sembrono mnghamburkan kata2 cerca FITNAH dan maki yg akhirnya memakan kejahilan dirinya sendiri..

    Sbnr2 ulamak pewaris nabi itu sentiasa arif bijaksana waspada serta berhati2..

    ReplyDelete
  2. Ularmak cap Ayam la Mamat ni

    ReplyDelete
  3. PAS ditolak bukan sebab rakyat tak faham Islam tetapi PAS ditolak sebab rakyat dah faham bahawa PAS ni parti yang tak boleh dipegang janjinya, tak boleh didengar kata2nya, tak bermanfaat nasihat2nya dan yang paling utama PAS memang langsung tak boleh menjadi kerajaan atau pemerintah kerana kesemua pimpinan2 "chai" mereka tidak ada keupayaan, ilmu dan bakat untuk menjadi ketua dan pemimpin ummah.

    Setakat jadi penjebon rakan dan taulan, pencaci rakyat sebagai jahil, maki hamun sesiapa yang tak bersetuju dengan konar baring dan u-turn yang selalu sangat di buat PAS, itu tak de sesiapa pun nafikan. PAS hanya boleh jadi pengacau dalam pilihanraya sahaja. Nak kata hantu bukan hantu, nak dikatakan manusia pun bukan manusia...itulah hakikatnya kewujudan PAS di dalam pilihanraya Malaysia ni terutama dalam dua PRK yang bakal diadakan.

    Berlagak kununnya Parti politik Islam yang "matang tapi dok memperagakan senjata saling tak tumpah macam UMNO. Rakyat pun tertanya2 ,kalau PAS pun serupa je macam UMNO dan UMNO dah masuk bertanding, kenapa nak undi PAS? Manakala, apabila PH sudah meletakkan calon mereka dari parti Amanah, PAS pun bukan sebahagian dari gabungan pembangkang jadi nak buat apa pulak rakyat yang menolak UMNO nak undi PAS bila Amanah dah bertanding.

    Ramai yang tertanya2 apakah motif utk PAS masuk bertanding? Nak lawan UMNO? Tapi PAS dah sama geng dengan UMNO! Nak menjadi komponen BN yang tak rasmi? UMNO dah letak calon maka apa kejadahnya PAS dok terhegeh2 kat sana. Kerusi tu memang kerusi tradisi PAS bertanding tapi setakat tradisi sentiasa kalah takde sapa pun yang fikir kerusi tu hak PAS! PAS lebih baik buat majlis tahlil dan kuliah sambut ramadhan daripada dok menyebuk masuk bertanding kat PRK tu kalau hanya suka2 dan tanpa matlamat yang jelas untuk menang atapun berkhidmat untuk rakyat. Buat menyusahkan SPR je nak print lambang PAS kat kertas undi!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Amboi,.!!!! Mudahnya hulamak ni memohon ampun dan maaf kepada dua tiga perwakilan dri Sarawak yg hadir tu, bagimana umat Islam yg ada di seluroh Negeri Sarawak yg terkesan atas tuduhan hulamak yg dangkal tidak memahami hati dan perasaan orang Islam di Sarawak,.hakikatnya, hulamak yg menyampai kan ceramah tidak langsong mencerminkan diri sbg hulamak sebenar yg mengikut RasuluAllah swt untuk di Teladani, Malah hulamak Pas ini sering membawa unsur fitnah, jasad, dan tersangat riak,. Rata2 umat Islam di Sarawak sangat memahami ajaran Islam Agama Allah yg dipimpini RasuluAllah, Pandangan umat Islam di Sarawak kepada Pas, hanyalah sebuah party politik yg menjaja Islam untuk mendapat kan laba semata mata, Rakyat Serawak juga menghayati pentadbiran Pas di negari Kelantan, Apakah pembangunan yg ada di Kelantan sekadar sikap hulamak yg kuat dengan rasuah nya dengan sikap monopoli hasil negeri untuk kepentingan diri,.selain itu apakah tindakan Kerajaan Pas Kelantan terhadap mangsa bah kuning dahulu yg masih ada menghuni di bawah Khemah,.?? Kalau tiada bantuan daripada ngo2 dan kerajaan pusat, kerajaan Kelantan sememangnya tidak ber upaya mengatasi semua kelemahan ini biar pun hasil negeri yg boleh mengatasi nya,. Sebagi kesimpulan nya Rakyat Sarawak tidak rela sama sekali Pas memasuki atau ingin memerintah di Sarawak, tiada Apa yg boleh dilakukan malah lebih teruk dari pentadbiran BN yang ada sekarang,.rasanya cukup lah Pas ini sekadar berdakwah di surau2 dan di Masjid di seluroh kemboja atau di myamir tidak di Sarawak,...

    ReplyDelete