‘Negeri Serambi Mekah kotor, memalukan’
Agus turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
PETALING JAYA: Ahli akademik kelahiran Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan negeri itu yang menurutnya kotor dan memalukan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, isu kebersihan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia berlaku sejak sekian lama.
Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak sepatutnya menjadikan alasan tiada dana kewangan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana mereka boleh meminta bantuan daripada pusat.
“Pesan saya kepada kerajaan negeri, janganlah selalu memberi alasan tiada duit kerana diskriminasi kerajaan pusat apabila gagal menyediakan keperluan asas rakyat.
“Malulah kita negeri yang ‘Membangun Bersama Islam’ jika mengambil mudah kepada hal menjaga kebersihan dan keperluan rakyat.
“Jika sungguh tidak ada duit, mintalah bantuan kerajaan pusat. Dengan hubungan politik yang baik di bawah payung ‘politik matang dan sejahtera’ sekarang, bantuan itu diberikan,” tulis Agus dalam Facebooknya.
Beliau turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
“Bukan sahaja bandarnya bersih, kampung-kampungnya juga dijaga bersih. Mengapa kita tidak boleh lakukan hal yang sama di negeri kita?” katanya.
‘Kelantan semakin bersih’
Diminta mengulas dakwaan itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya mengakui perkara tersebut, namun berkata tahap kebersihan di negeri itu meningkat setiap tahun.
Katanya, rata-rata rakyat yang kembali ke Kelantan memuji perubahan tahap kebersihan yang berlaku di negeri itu setiap tahun.
“Ramai orang yang puji dari sudut peningkatan kebersihan setiap tahun kerana banyak masalah sudah selesai,” kata Abdul Fattah, dan menambah kerajaan negeri melakukan kini agresif memberi kesedaran kepada umum mengenai kebersihan, termasuk dengan membuka talian khusus aduan kebersihan.
Abdul Fattah mengakui kerajaan negeri bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut dan mengalu-alukan aduan, teguran serta cadangan.
Katanya, sasaran kerajaan negeri mencapai negeri bersih tahun ini terhalang selepas banjir besar akhir tahun 2014, dan berharap matlamat itu dicapai pada tahun depan.
# Dr. Agus tu pun Anak Kelantan........dia tahu apa yang dia cakap!
# Dr. Agus tu pun Anak Kelantan........dia tahu apa yang dia cakap!
kalau setakat Islam pada nama yang ditaruh, siapa pun boleh dabik dada. Nasib baik pada agamanya Jepun kapir, namun pada perangai dan tingkah laku mereka jauh lebih islamik kan?
Tempat buangan sampah di hadapan lorong masuk ke rumah aku tu pun selagi tidak menyerupai anak bukan tiruan, selagi itu sampah tak berkutip. Kononnya pengurusan sampah dah diswastakan tapi kerjanya dok tang tu jugak!
Tempat buangan sampah di hadapan lorong masuk ke rumah aku tu pun selagi tidak menyerupai anak bukan tiruan, selagi itu sampah tak berkutip. Kononnya pengurusan sampah dah diswastakan tapi kerjanya dok tang tu jugak!
Sebagai gambarannya cer pi melawat tandas di masjid-masjid. Berapa peratuskah yang tidak merasa loya nak masuk?
Entah-entah jamban/tandas/bilik rumah-rumah pak lebai pun menjijikan!
Ini aku cerita pengalaman akulah sebagai Anak Kelantan. Pernah satu masa cucu lelaki aku berumur 4 tahun tak jadi buang air sebab tandas kotor. Dia bantah sambil menjerit "Tanaklah Datuk, tandas ni eee....kotor sangatlah!"
Itu hanya tandas, di bahagian lain bagaimana agaknya penilian orang
Terpaksa aku larikan dia dari situ bimbang tuan rumah malu......
Kebersihan pun tak dapat nak di implementkn pd rakyat negeri kelantan, mcmmana nak nak melaksana Islam..kebersihan itu adalab tuntutan agama..
ReplyDeleteMmg org PIS ni pengotor
ReplyDeleteSembang politik berjam2 di kedai kopi boleh la...
Kutuk2 org tak sehaluan dengan kamu
Tapi realitinya mmg sebahagian rakyat Kelantan ni pengotor
Cuba tgk di wakaf che yeh
Cuba tgk di pasar besar Siti khadijah
Cuba tgk di kws bebas cukai rantau panjang Dan pengkalan kubur
Hancuss bro...
Mmg Kotor...
Metaliti rakyat Kelantan yang lelaki memang pemalas. Itu sebab wanita mereka banyak yang menyara keluarga dengan berniaga.....Ini realitinya. Oleh sebab itulah kebanyakkan rumah mereka pun diselengarakan oleh wanita. Apalagi mencuci tandas....?
ReplyDeleteSikap manusia menentukan segala-galanya. Satu contoh sikap pekerja pemungut sampah MPKB BRI, sampah dalam tong yg dimasukkan kedalam lori ada sebahagiannya terjatuh keatas jalanraya dibiarkan begitu je. Tong-tong sampah tu pulak dicampak begitu saja, sepatutnya diletak elok-elok ditempat asalnya. Kalau penghuni tegur jawabnya sampah tu akan kekal disitu selama-lamanya.
ReplyDeleteKelantan kena mengakui kelemahan yang mereka memang kotor... 3 perkara jelas berlaku :
ReplyDelete1) Pengurusan sampah tidak sistematik
2) Penguatkuasaan undang undang sivil yang lemah
3) Kurang kesedaran masyarakat
Cara mengatasi
1) Bersihkan kawasan tumpuan
2) Wujudkan cukai untuk tujuan pembersihan
3) Lantik tender bebas untuk tujuan pemeliharaan
4) Kuatkuasa denda bukan hanya amaran sahaja
5) Banyakkan kempen serta ceramah kebersihan