Sunday, June 26, 2016

Tak habis lagi pemimpin PAS dok merapu sorang-sorang merasa dirinya kuat!

Pas bukan bahan ujian parti lain
Posted on Sunday, June 26 @ 16:03:41 MYT by paktam
Oleh SAIFULLAH AHMAD

IPOH - Pas bukanlah bahan menguji kekuatan bagi parti-parti lain yang mahu bertanding pada pilihan raya.Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebaliknya Pas sudah membuktikan kekuatannya biarpun berseorangan.

Menurutnya, jika parti tertentu bertanding hanya mahu membuktikan mereka lebih kuat daripada Pas tanpa mempunyai hala tuju jelas, ia adalah tindakan yang sia-sia.

“Keputusan PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar menentukan hala tuju semua parti politik. Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dengan menggabungkan semua kekuatan parti menunjukkan perjuangan sia-sia dan memberi kelebihan kepada Umno dan BN untuk berada di tempat selesa.

“Apa yang pasti, tindakan gabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK untuk menguji kemampuan mereka melukakan seluruh ahli dan penyokong Pas,” katanya.

Razman berkata, sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, BN akan mencapai keputusan yang lebih baik dari PRU 2004.

"Pas bagaimanapun sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap bergerak tanpa perlu menyertai mana-mana pakatan," katanya.

Beliau berkata, di Perak, Pas sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi ini.

“Kita menetapkan untuk bertanding di 30 kerusi Dun majoriti Melayu dan baki 29 kerusi campuran serta majoriti Cina, Pas sedang membina calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Jadi Pas akan bertanding semua kerusi pada PRU14 nanti,” katanya.~SH

# agak-agak sape yang nak dengar dan mendengar rapuan mamat ni dengan angguk kepala?

2 comments:

  1. Selagi Mr President dukbdi Kerusi tertinggi, PIS akan making ketinggalan.

    Cakap besar la kamu ni wahai walaun2 PIS.

    ReplyDelete
  2. Cuba pikir.. Agak agak mana dtg duit deposit calon nnti. Harakah dh lama x laku.

    ReplyDelete