Sunday, June 19, 2016

Salahuddin pelawa berunding, tapi PAS masih tak sedar diri

PH pelawa PAS kembali ke meja rundingan

 and   | June 18, 2016
Pembangkang perlu elak pertembungan tiga penjuru
Salahuddin-Ayub24
KUALA KANGSAR: Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP senada mahu mempelawa PAS kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan Amanah di kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah petanda rakyat mahu gabungan parti pembangkang yang benar-benar kukuh.
“Masih ada masa untuk baiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.
“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan PAS,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Perak sejurus keputusan PRK Kuala Kangsar diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.
Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin untuk mengajak PAS kembali ke meja rundingan bersama PH.
Ini kerana jelasnya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN.
“PAS kena pergi rundingan dengan PH. Jika PAS tak nak kalah perlu elak pertandingan empat penjuru. Kita sentiasa terbuka, tetapi PAS perlu ikhlas,” katanya.
Dalam pada itu, Kor Ming turut mendakwa 300 penyokong setia DAP yang berhasrat mengundi calon Amanah telah dipindahkan ke kawasan Parlimen Padang Rengas.
Penolong Bendahari Kebangsaan DAP itu mendakwa tindakan tidak adil SPR itu adalah salah satu sebab undi PH berkurangan.
Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid berjaya menundukkan tiga pencabar lain dengan majoriti besar iaitu 6,969 undi.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan Mastura memperolehi 12,653 undi berbanding calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang meraih 5,684 undi; calon Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli yang mendapat 4,883 undi serta calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary sekadar mendapat 54 undi dan hilang wang depositnya.
Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad memenangi PRU13 di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 undi, selepas meraih 14,218 undi berbanding calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah (13,136 undi) dan calon Bebas, Kamilia Ibrahim (447 undi).

Iskandar: PAS tak boleh bersendirian dalam PRU14
 Alyaa Alhadjri  18 Jun 2016, 10:39 malam
Susulan keputusan pilihan raya kecil hari ini, Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan.

Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

“Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar.

Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.

BN menang dengan majoriti jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Di Kuala Kangsar, BN mendapat majoriti 6,969 undi manakala di Sungai Besar pula 9,191 undi mengalahkan PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

# soalnya bolehkah Hadi n the gang dibawa berunding?

1 comment:

  1. sebelumnya lg org dah cakap, kita tak boleh menang kalau berpecah. tapi Pas degil....tak mau runding, ego, tradisi,.

    PH dah berlembut....nak agihkan, satu Pas tanding, satu lagi Pan tanding. Lebai hadi ttp degil, tiada rundingan, ego ada siku dan lutut.

    Dulu dah cakap...calon Pas hampir menang kerana undi cina dan pkr....bukan Pas bersendirian

    ReplyDelete