Sunday, June 26, 2016

Rafizi dok sibuk........tuan empunya badan tak ngaku pun?

Cer baca link ini yang Abu Kassim kata: Pesuruhjaya SPRM: Tiada tekanan untuk letak jawatan
Rafizi Ramli with Abdul Momin and Ibrahim Mat Isa.
June 23 at 4:07pm
Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini.
Butirannya rujuk kenyataan media berikut:
PEMECATAN KETUA PESURUHJAYA SPRM DAN TIMBALANNYA ADALAH JELAS CAMPUR TANGAN POLITIK
National Oversight and Whistleblowers (NOW) merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang melaporkan perletakkan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull selaku Timbalan Pesuruhjaya SPRM sebagai secara sukarela adalah tidak tepat.
Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM. Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakkan jawatan ketika itu.
Tindakan memecat Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa dalam badan SPRM, menghina kebebasan SPRM, dan tidak pernah belaku dalam sejarah negara.
Ini terbukti dengan pelucutan Tan Sri Abu Kassim daripada jawatan Pesuruhajaya SPRM tanpa sebarang sebab munasabah sedangkan beliau akan kekal berkhidmat dalam SPRM sebagai seorang pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020.
Jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib yakin beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu berasa gusar atau takut dengan Pesuruhjaya SPRM atau kebebasan SPRM untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.
Antara langkah-langkah yang wajar diambil adalah seperti berikut:-
1. NOW akan memanggil satu mesyuarat tergempar pada hari Isnin (27 Jun 2016) yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan NGO yang berkaitan bagi membincangkan tindakan-tindakan susulan.
2. Mendesak Ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada parti-parti pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda protes. Mereka adalah YB Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (KEADILAN) dan YB Dato' Takiyuddin bin Hassan (PAS).
3. Mendesak ahli-ahli panel dalam jawatankuasa-jawatankuasa bebas SPRM seperti Lembaga Penasihat SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO), Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) termasuk yang baru dilantik untuk meletakkan jawatan atau tidak menerima tawaran jawatan sebagai tanda protes.
Ini merupakan tindakan pertama kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak selepas mencapai kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar.
Pemecatan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM bukan sahaja campur tangan politik yang melemahkan SPRM tetapi juga akan mengundang kerosakan yang lebih besar terhadap integriti dan ketelusan pentadbiran kerajaan.
Semua pihak harus memandang serius perkara ini dan bekerjasama bagi mempertahankan kebebasan SPRM. Manakala, parti-parti politik pembangkang seperti Pakatan Harapan dan PAS sewajarnya mencari kesepakatan dan meletakkan agenda memerangi rasuah dan ketirisan sebagai keutamaan dan dijadikan titik pertemuan usahasama.
23 JUN 2016
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

2 comments:

  1. Dah dibagi julap terkencet di tengah jalan sapa nak ngaku kn,.??? SPRM pun takut nak membuat kenyataan yg ikhlas lagi benar,. Apa lagi dah pun dipaksa meletakkan jawatan yg belum sampai waktu nya,. Ini lah masanya menyenseng lengan sebagi anak Jantan , berjuang lah atas kebenaran dan nyatakan lah seikhlas munkin,.demi menegakan Keadilan untuk Negara dan Rakyaat,.bukan lagi terikat dengan Pemimpin yg Koufax,.

    ReplyDelete
  2. PIS seperti biasa akan berkecuali..
    Almaklum dah jadi pemakan dedak.
    Politik matang konon

    ReplyDelete