Monday, June 27, 2016

Hijrah Penggerak Pas Perak

Hilang markas, penggerak Pas ramai berhijrah
 | ARIF ATAN
Hal ini memandangkan pemilik bangunan atau tuan tanah serta penggerak dan ahli aktif di kawasan berkenaan membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Islam dan keadilan rakyat melalui wadah Amanah.
Itu situasi yang dapat dilihat ketika Malaysia Dateline berpeluang mengikuti Konvoi Misi Kasih Ramadan (Mekar) anjuran Amanah Batu ke Parit, Sabtu lalu.
Baharurazi AhmadBaharurazi AhmadMenurut Ketua Amanah Parlimen itu, Baharurazi Ahmad, Markas Pas Cawangan Bota Kanan adalah antara yang bakal berubah wajah sedikit masa lagi selepas pemilik tanahnya memilih untuk bersama Amanah.
"Kali terakhir Pas buat program di markas itu sekitar 15 Disember tahun lepas. Sekarang ini markas tersebut sepenuhnya digunakan oleh ahli Amanah cawangan Bota Kanan," ujarnya.
Beliau yang dahulunya secara rasmi menjadi ahli Pas pada 1983 walaupun menyokong parti itu sejak 1969 memberitahu sambutan masyarakat tempatan terhadap Amanah semakin menggalakkan.
"Kita sekarang sudah mempunyai ahli seramai kira-kira 200 orang. Setakat ini kita juga memiliki tiga cawangan yang telah berdaftar dengan ROS," jelasnya sambil memberitahu Wisma Amanah Parit terletak di Kampung Kuchai, Dun Bota.
Bagi aktivis Amanah, Pak Meor Hashim, kebanyakan penggerak dan mereka yang sebelum ini aktif bersama Pas di Parit kini nekad memilih Amanah yang dilihat lebih relevan dengan hasrat menjatuhkan BN di Putrajaya.
"Banyak lari ke parti oren dah. Tak suka ikut Pas lagi. Dengarnya sekarang mereka (Pas) nak buat mesyuarat pun tak cukup korum," katanya lagi dari Bota Kanan itu.
Pemerhatian juga mendapati beberapa markas cawangan Pas kelihatan terbiar antaranya di jalan menuju Kampung Sadang iaitu 15 kilometer ke Bota dengan halamannya ditumbuhi semak samun.
Pada masa sama, Markas Pas Cawangan Kampung Telok Sena di Lambor Kiri juga pada masa ini berfungsi sebagai Pusat Khidmat Amanah Cawangan yang diketuai Pak Yaacob.
Sepanjang seharian menjelajah ke lapan kampung bagi tujuan menyerahkan sumbangan makanan kepada asnaf hasil kutipan zakat dilakukan Amanah Batu, difahamkan juga sekurang-kurangnya tiga cawangan Amanah akan ditubuhkan selepas Aidilfitri ini.
Zafarullah YaakobZafarullah YaakobCawangan terlibat ialah di Kampung Telok Bedayung, Kampung Layang-Layang Kanan dan Kampung Telok Sena di Lambor Kiri.
Sementara itu, Ketua Penaja Amanah Cawangan Kampung Telok Bedayung, Dr Ismail Mohd Said berkata, parti baharu berusia sembilan tersebut kini semakin berjaya menarik minat ramai anak muda tempatan.
"Hanya cabaran kita ialah perlunya menangani sedikit persepsi negatif daripada golongan dewasa dan warga emas.
"Bahkan, ramai lagi masih tidak pedulikan politik walaupun keputusan politiklah banyak mencorak kesan ke atas cara hidup semua lapisan rakyat," jelasnya yang juga pensyarah di sebuah universiti tempatan.
Dalam hal berkaitan, 'orang kuat' Pas di Kampung Seri Kaya dikenali sebagai Pak Alias turut meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Hadi Awang itu.
Beliau pada masa ini mengakui lebih selesa dan bahagia bersama parti Amanah selepas mendapati prinsip perjuangan Pas sekarang hilang hala tuju berbanding Pas yang disertainya lebih dua dekad lalu.
Amanah ke Putrajaya
"Bininya Najib nama Rosmah, Pakai sanggul cantik bergaya, Marilah sokong parti Amanah, Supaya kita menuju ke Putrajaya."
(dari kiri)Pak Meor Hashim Bota Kanan dan Abdul Karim Alang Peie
Demikian serangkap pantun oleh Timbalan Ketua Amanah Parit, Cikgu Zafarullah Yaakob dalam ucapannya selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sebuah kedai kopi di Tanjong Dalu.
Menurut Imam Masjid Bota ini, Amanah semakin dikenali masyarakat tempatan selepas menyertai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini.
Konvoi Mekar yang diketuai Timbalan Ketua Amanah Batu juga merangkap Pengarah program, Datuk Tarmizi Mohd, kelmarin berjaya menyerahkan sumbangan Ramadan kepada 80 penerima dari lapan buah kampung di Parit dengan kerjasama Amanah di kawasan berkenaan.
Salah seorang penerimanya, Abdul Karim Alang Peie, 64, dari Kampung Kuchai, Bota Kiri berharap sumbangan berupa barangan dapur itu dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan kos belanja keperluan yang semakin meningkat.
Pas Perak khususnya di Parit hampir lumpuh kerana kehilangan banyak markas cawangan.

3 comments:

  1. Macam tu lah orang Perak yeop......Mesti ada pendirian sendiri. Jangan ikut Almarangi yang yang mabuk dedak Najeb tu.....Almarangi hanya pentingkan dendam berbalas sahaja dan dapat menaikkan anak menantu melalui tipu helah beragama sahaja. Muka Almarangi pun tiada cahaya dan kelembutan, yang ada hanya dendam dan aura manusia munafik spesis Dajjal.

    ReplyDelete
  2. Masyaallah , jika tak suka sekali pun janganlah memaki hamun seperti ini ...bahasa menggambarkan akhlak kita ...buktikan pe yokong Amanah bijak dan berakhlak mulia , baru Allah akan berkati usaha . Jangan jadikan matlamat menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  3. Eek eleh.......PAS dok berdoa dan berzikir siap mampus UMNO lagi, tetapi lebih setengah abad dok bawah telapak kaki UMNO. Sekarang nak bergabung dengan UMNO pulak. Taknusah cerita pasal akhlaklah dengan munafik macam Hadi Awang tu....dia tak pernah maki babi, anjing atau pengkhianat, berakhlak ke..? Tu pun beribu walaun masih sedia sujud di kakinya. Akhlak..?

    ReplyDelete