Giliran Nik Abduh pula digesa bertaubat
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia berkata pemimpin PAS itu juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah.
PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa supaya berdiri di kaki sendiri dan bukannya bergantung kepada kekuatan arwah bapanya.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata pemimpin PAS dan Nik Abduh juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti.
“Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi.
“Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Rushdan turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu semula apabila mendakwa Dr Mahathir yang juga penaung GKCM sudah kehilangan taringnya.
“Mana katanya Mahathir hilang taring? Semua pemimpin Pakatan Harapan mahukan Dr Mahathir. Ini kerana, mereka sendiri sanggup untuk melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” katanya.
Beliau berkata, PAS sendiri harus menilai semula kekuatan parti Islam itu selepas menerima undi terendah dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Taring PAS tidak tercabut ke dari 18,000 pada PRU13, sekarang tinggal 6,000 saja,” katanya.
Semalam, Nik Abduh menggesa Dr Mahathir kembali semula kepada Allah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.
Dr Mahathir juga perlu membanyakkan masa berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.
PAS yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi.
# Biasalah budak-budak nak tunjuk hero. Dulu masa ayah dia ada mulut sempit sikit, sekarang pengikat dah terburai. Apa lagi!
Nak harap Abang Sulong beliau Nik Omar sebagai pengganti ayahnda beliau pun nampaknya macam lelaki bacul, nak harap Nik Abeduh pula macam anak anjing tertelan kepala ikan. Nak harap ayah saudara mereka Tuan Brahim, dia ni tak habis2 dok cover Hadi Awang yang dok ketagih makan dedak Najeeb. Nak harap siapa lagi kalau bukan pahlawan dahulu Husam Musa..?
ReplyDelete