26 Jun 2016
Kafir Harbi: MP Hairan Polis Berdiam Diri, AMK Ke IPD Dang Wangi Esok Buat Laporan
Tidak ada apa yang hendak dihairankan dengan kenyataan mufti Pahang apabila mengistiharkan DAP sebagai kafir harbi, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, lapor malaysiakini.
Kata beliau, ini kerana, sejak tahun lepas lagi, Parti Amanah Negara (AMANAH) membantah kenyataan 'ulama' dari sebuah negeri di utara tanahair yang "menghalalkan darah" mereka yang tidak sehaluan dengan partinya.
Namun, Raja Kamarul berkata, tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa polis ekoran laporan tersebut.
“Nampak gayanya mufti kerajaan negeri Pahang (pimpinan Umno) bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang membolehkan yang dituduh di hapuskan.
“Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka.
“Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan mufti dari negeri kerajaan Umno. Bukankah PAS juga menjadi penasihat pada Umno," tanya Raja Kamarul dalam satu kenyataan.
Jumaat lalu, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang merupakan Mufti Pahang telah menggelar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang anggota persendirian oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Pengerusi AMANAH negeri Terengganu itu lagi, keadaan tersebut berbeza dengan tindakan anggota militan Islamic State (IS) yang membuat ugutan keganasan melalui video dari seberang laut dengan pihak polis memberi amaran keras.
“Apabila mereka yang membuat ugutan dan kenyataan menghasut keselamatan berada di depan mata dalam negara, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sepatutnya,” kata Raja Kamarul.
Justeru, Raja Kamarul mempersoalkan sejauh manakah seriusnya kerajaan dalam perkara sedemikian.
“Adakah kerajaan serius menangani isu extremis agama yang berada didepan mata.
"Adakah kerajaan menunggu insiden yang tidak diingini berlaku sebelum bertindak," tanya beliau.
Sementara itu, di dalam perkembangan berasingan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan ekstim Mufti Pahang tersebut bahawa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.
Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama AMK, Sdra Wan Ji Wan Hussain di dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa kenyataan ekstrim mufti berkenaan boleh mengundang pertumpahan darah. Justeru itu beliau mengambil langkah untuk membuat laporan polis pada hari esok (Isnin) jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Beliau meminta orang ramai untuk terut serta memberikan sokongan. - sumber

No comments:
Post a Comment