Thursday, June 16, 2016

Ooh.....patutler dikatakan tak beretika, gini rupanya? Tukang angkat beg jadi galang ganti!

16 Jun 2016
[VIDEO] Aku Nak Debat Dengan Rosmah, Bukang Dengan Tukang Angkat Beg...

Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak takut untuk berhadapan dengan sesiapapun dalam isu jet mewah yang ditimbulkan baru-baru ini. 

Namun katanya, biarlah orang yang hendak berhadapan itu sama ada Rosmah sendiri atau paling kurang Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai "pembantu Rosmah paling kanan". 

"Saya sanggup dan alukan kalau nak debat, tapi nak debat dengan Rosmah sendiri lah. Saya nak tanya apa yang dia bawa dalam beg itu. 

"Kalau Rosmah tak nak, paling kurang saya boleh berdebat dengan pembantu Rosmah paling kanan, bukan Rizal Mansor yang tolong angkat beg Rosmah. 

"Siapa paling kanan? Najib Razak lah," katanya sambil menambah bersedia berdebat di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

Setiausaha Agung Keadilan itu berkata demikian sebagai jawapan balas terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau takut kepada pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor. 

“Malam ini (semalam) habis TV3 kata saya penakut, tak berani berdepan dengan Rizal. Sampai Datuk Seri Zahid Hamidi pun (komen)," ujarnya. 

Ini ekoran tindakan Rafizi yang tidak membenarkan Rizal hadir pada sidang medianya semalam. 
Dicatat oleh Green Boc di 3:15 PTG 

1 comment:

  1. Syabas Yb Pandan,.kamu lah Juara dan kamu lah sebenarnya pejuang anak Bangsa,.ayuh!!!nyatakan BERANI atas KEBENARAN kepada seluroh rakyat ,.dedahkan lah LAGI dan LAGI,.....segala ke Munkaran,...

    ReplyDelete