Sunday, June 26, 2016

Bodo.......habis nape hanya fokas DAP saja?......MCA, MIC, Gerakan bagaimana?

Mufti: Saya tak rujuk 'kafir harbi' pada DAP saja
Zulaikha Zulkifli   24 Jun 2016, 4:38 petang
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata beliau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

"Secara umum begitu (DAP kafir harbi), (tetapi) bukan DAP sahaja. Sesiapa sahaja...

“Istilahnya menentang, kalau tak menentang bukanlah (kafir harbi)," katanya ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia yang memetiknya hari ini.

Diminta mengesahkan sekali lagi, beliau (gambar) berkata:

"Selagi mana dia (DAP) menentang, begitulah," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.

Memetik Abdul Rahman, Utusan melaporkannya berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman turut dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pandangan itu ditolak seorang sarjana Dr Maszlee Malik yang berpendapat ia boleh mengundang pertumpahan darah, membuka pintu keganasan dan menyokong wacana pengganas IS.

Katanya, dalam Islam, istilah kafir harbi memberi kesan besar kerana ia membolehkan seseorang itu dibunuh.

# kalau dah bodoh dan payah nak faham tentang politik, takyahlah nak campur urusan politik. Imej Islam yang rosak jadinya!

Bila dah kena lesing kiri-kanan, mulalah nak beralasan bodoh. Tak ke dia pikir hal keselamatan negara dan perpaduan dari apa yang dituturkannya?

RUU tu pun, bahas pun belum lagi.......Hadi dah pun tangguh dengan bahasa dari skrip dan dengan gerak badan yang gabra hari tu!

Ini salah satu kesan dari kenyataan bodohnya tu, kacang hantu dah ambil kesempatan: DAP kafir harbi, lapor Utusan

3 comments:

  1. Lagi teruk kenyataan balas beliau yang menyebut DAP Kafir Harbi kerana menolak pindaan RUU sek 355, sedangkan itu bukannya termaktub dalam enakmen Hudud. Kalau dah mufti pun perangai dan bersikap macam ketua cawangan UMNO, apa nak jadi dengan negara pasir berdengung ni..?

    ReplyDelete
  2. Kalau tuan punya diri telah di sadur dengan kehendak politik,.habis lupa tuntutan jawatanya,.selain apakah " Kafir Harbi",.yg dituturnya bagaikan Fatwa Sendiri,. Mengapa lantang yg terarah kepada DAP saja,. Tidak kepada MCA, MIC dan parti bawaan Ketua Menteri Sarawak Adnen Satim, yg terang lagi kan bersuloh,. Umum telah mengtahui mereka semua telah membantah akan RUU berkaitan Hudud yg di Bawa Hadi Awang Dan belum dibahaskan lagi di Parlemen,.oleh itu mengapa Mufti Pahang tidak menyebut pertubuhan dan nama penentang tersebut,.??? Munkin ada kepentingan kot,?? Alahaii,. Encik Mufti ni pun,...

    ReplyDelete
  3. Sunnah nabi paling simple bela janggut walau sejemput pun mufti ni tak mampu nak buat..
    Ularmak belaan umno ni..

    ReplyDelete