Thursday, June 23, 2016

Bdohkah Rafizi?

Rafizi tak kisah dianggap bodoh tinggalkan kerjaya mewah

  | June 22, 2016
Sebaliknya, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau memilih melawan kezaliman.
rafizi
PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata keputusan beliau meninggalkan kerjaya mewah untuk menyertai politik dianggap “bodoh” oleh sesetengah pihak.
“Saya telah ikut suara hati itu sejak 1998 sehingga kini. Ada yang kata saya bodoh kerana tinggalkan kerjaya mewah, ada yang kata saya berani.
“Ada yang mengutuk saya kerana terlalu berani. Ada yang kata saya fitnah, kebelakangan ini ramai yang kata saya sesat,” kata setiausaha agung PKR itu yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pengurus kanan perakaunan di Petronas.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata penyertaannya dalam PKR bukan mencari jawatan atau mahu menjadi menteri, tetapi mengikut suara hati melawan kezaliman
“Saya tidak masuk PKR kerana saya mahu jadi wakil rakyat atau jawatan atau mahu jadi menteri.
“Saya hanya mengikut suara hati bahawa Allah SWT memberi kekuatan kepada sesiapa yang mahu melawan kezaliman tidak kira sekecil mana sumbangan kita,” ujarnya.
Tambahnya, beliau tidak takut dan redha dengan risiko kerana menganggap ia sebahagian kecil dari usaha besar membantu kemanusiaan.
Rafizi, yang sebelum in menonjol dalam pendedahan pelbagai skandal, kini menghadapi beberapa tuduhan mahkamah.
April lalu, beliau didakwa dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, kerana dituduh mendedahkan maklumat sulit laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau juga menghadapi tuduhan jenayah memfitnah Lembaga Tabung Haji di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment