Sunday, June 19, 2016

Korang baca jer, jangan gelak: Dah kena penampar pun masih ego lagi?

Pemuda Pas ramal BN kekal di Putrajaya, Pas akan tawan Terengganu dan Kedah
Posted on Sunday, June 19 @ 13:20:40 MYT by paktam
Pemuda Pas Kelantan menganggap keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hasil pertandingan tiga penjuru bakal memberi laba kepada Pas dan Barisan Nasional.

"Tanpa menghormati kerusi tradisi Pas, dan Pas akan meletakkan calonnya di kerusi DAP dan PKR," kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim di status fecebooknya.

Keadaan ini katanya akan mejadikan "pola tiga penjuru terus digilai PAN (Amanah), dan diapi-apikan DAP dan PKR"

Menurut beliau hasilnya BN akan terus menguasai Putrajaya, dan mengekalkan beberapa negeri sedia ada.

"BN pasti akan merampas Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Menempelak tuduhan Pas undur ke belakang dalam PRK serentak baru-baru ini beliau berkata pada waktu itulah baru boleh tahu parti mana yang undur selangkah, dan parti mana yang terundur 5 langkah ke belakang.

"Pada masa itu peluang yang ada hanya kepada PAS untuk mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dan Kedah," katanya.

# Kenapa tidak PAS terus join UMNO? 
   pastinya PAS pun akan ke Putrajaya juga kan?

   jangan tunggu lama-lama nanti terlepas tangan!

6 comments:

  1. Budak tak baligh mna pulak ni?
    Bab kerusi tradisi tu,patutnya bunyi cenggini 'kerusi tradisi paspispus hilang deposit'

    Kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Sedih ada, kesian pun ada... Beginikah pemikiran generasi pelapis yang bakal meneraju PAS???

    ReplyDelete
  3. SEMUA JOIN BN LAA TAK PAYAH JADI PEMBANGKANG BUAT PERABIH DUIT PENDERMA SAHAJA LEPAS NI BAIK BAGI SEDEKAH KAT ORG MISKIN DARI BAGI KAT PARTI YG TAKDE HALA TUJU....PUIII

    ReplyDelete
  4. Bercakap pakai siku dan lutut ke pelapis Paspispus ni. Fakta apa yg dia pakai. undi pas makin kurang....tp pas boleh menguasai 3 negei

    ReplyDelete
  5. Bercakap pakai siku dan lutut ke pelapis Paspispus ni. Fakta apa yg dia pakai. undi pas makin kurang....tp pas boleh menguasai 3 negeri ???

    ReplyDelete
  6. Tak baligh politik pemuda ni aku kenear benar berlaku tiga penjuru PRU nanti di Kelantan (AMNAH, BN & PAS ) kalu PAS terus dok berdegil dgn keras kepala tu. Kita tengok berapa kerusi DUN yg PAS menang, silap haribulan 0. Kerusi luar Bandar 0 dah, kerusi separa Bandar dan Bandar org berpelajaran celik belaka dah. BN dok alak PAS lo ni PRU nanti BN menang besar, tak caya kita pakat tengok.

    ReplyDelete