Friday, June 24, 2016

Perbandingan Islam versi PAS

Islam versi Pas vs Islam Tulin versi Nabi Muhammad saw.

Mutakhir ini amat dikesali dengan dakwaan-dakwaan para pemain politik yang menjual nama Islam semahunya. Cukup mengelirukan umat, apatahlagi dalam suasana fokus TV3, Utusan Melayu, dan media maya yang diberikan pada golongan ini.

Mari kita menilai bersama tahap Islam yang di bawa Pas, adakah mencapai tahap Islam sebenar yang di bawa oleh Rasulullah saw.

Islam versi Pas :

# Boleh menghina kawan dan lawan sesama muslim dengan bahasa kesat seperti Jebon, Munafik, Barua, Anjing, Gembala Khinzir dan lain-lain.

Islam Tulin :

# Rasulullah saw tidak pernah menggunakan kata-kata kesat kepada para sahabatnya, hatta jelas di depannya perbuatan munafik, namun akhlak mulianya tidak membenarkan beliau mengeluarkan kata-kata kesat.

* Al Quran sendiri di dalam surah al Hujurat melarang muslim sesama muslim melemparkan gelaran dan kata-kata kesat.

********************

Islam versi Pas :

# Boleh khianat kawan, seperti kes Kota Damansara dan beberapa kerusi di Terengganu dalam PRU13 hari tu dan beberapa kes lagi.

Islam Tulin :

# Tiada dalam sejarah Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw mencatat perbuatan khianat, sama ada musuh memulai atau beliau sendiri memulainya.

* Al-Quran : (Sesungguhnya Allah taala tidak menyukai golongan pengkhianat.) al-Anfal : 58.

****************************

Islam versi Pas :

# Maslahat Rakyat yang diperjuangkan cuma Hudud. Kelantan terbiar tidak dimajukan dengan yang sepatutnya. airnya masih kotor, kebersihan di tahap kronik, peluang pekerjaan sangat kurang, sebab itu ramai yang berhijrah, pembangunan baru tidak bergerak, jalan raya masih di tahap kampung, kebocoran balak di dendangkan di mana-mana.

Islam Tulin :

# Bermula dengan pasak Akidah, bila Akidah dan Ibadah diganggu oleh Quraish, Nabi berusaha mencari jalan keluar untuk para sahabatnya, berdiplomasi dengan Habasyah (berjaya), dgn Taif (gagal), dengan Yasrib (berjaya).

# Di Madinah, Rasulullah mulai dengan :
1. Membangun Pusat Pentadbiran (Masjid),
2. Mengikat persaudaraan (membina kekuatan dalaman),
3. Meletak Dustur/Piagam Madinah, asas kepada perancangan Bandar, Pasar, Pertanian dan lain-lain.
4. Mengikat perjanjian dengan Musuh dari dalam dan luar (Yahudi dan Kabilah Arab di samping Madinah).

ini maslahah yang diperlukan rakyat, sebelum turun ayat hudud dan lain-lain.

* al-Quran : Allah taala perintahkan kamu melaksanakan tanggungjawab (al amanat) kepada yang berhak, (lepas semua keperluan rakyat terpelihara baru laksana ayat seterusnya) apabila kamu menghukum, hukumlah dengan adil.. an-Nisa' : 58.

***********************************

Islam versi Pas :

# Cara menyampaikan Islam agak jumud, kasar, semua ayat dan hadis pasal Rasulullah pasti untuk mereka, kalau kena pada musuh Rasulullah pasti untuk musuh Pas. ini membuat ramai orang lari dari menyertai.

Islam Tulin :

# Daei tulin seperti Rasulullah saw, makin lama berdakwah makin ramai menyertai Islam, pendekatan terbuka, kasih sayang, tinggi diplomasi dan toleransi, senang didekati, mulia bahasa dan akhlaknya.

* al-Quran : Jikalau kamu kasar, berhati keras, pasti orang akan lari dari sisi kamu, oleh itu maafkan mereka, mohon ampun untuk mereka, dan bawalah berbincang dengan mereka, jika kamu sudah berazam maka bertawakkallah pada Allah, sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang bertawakkal. Ali Imran : 159.

*************************

Islam versi Pas :

# Angkuh dengan semua pihak, sentiasa mendabik dada partinya yang terbaik, jika tidak memilih mereka akidahnya terpesong.

Islam Tulin :

# Sabda Nabi saw ketika berbicara dengan seorang lelaki yang agak gentar ketika bertemunya : "Bawa bertenang, aku bukan seorang raja, aku hanyalah anak seorang perempuan yang dulunya hanya memakan daging kering". dari Ibnu Mas'ud ra.

Hakim mengatakan Hadis ini Saheh ikut syarat Shaikhain, tetapi mereka berdua tidak meriwayatnya.

* Al-Quran : Allah taala mengajar Rasulullah saw bagaimana meletakkan dirinya ketika berdialog dengan musyrikin Mekah yang angkuh : katakan ( boleh jadi kami di pihak benar atau di pihak betul-betul salah, katakan (juga) kamu tak perlu timbul kesalahan-kesalahan kami yang lalu, kami juga tidak akan persoal perbuatan kamu yang lalu. Saba : 24-25.

***************************

Cukup 5 point dahulu untuk muhasabah kita bersama, rakyat bawahan seperti kami amat rimas dengan keangkuhan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan-pimpinan Pas, sudah kalah masih mendabik dada menang, kembalilah kita ke meja rundingan, tolong jauhi parti kita dari BN, mereka sengaja ingin memecahkan kita, sedarlah Apco masih penasihat Utama kerajaan Najib, baliklah ke akhlak dan politik Islam yg sebenar. in sya Allah kami akan terus mendokong.

Pengundi tegar Pas sblm ini,
Belum tahu mengundi siapa di PRU14.

- jamel cheka

2 comments:

  1. Diakhir zaman akan lahir dikalangan ahli2 agama/ulamak yg membawa kerosakkn dan yg menjual agama untuk keduniaan...mmg awal2 nabi bagitau dah.

    ReplyDelete
  2. Bab kepala Pis yg kaki ponteng kerja,mesyuarat penting,bohong,fitnah,mungkir janji,berkawan dgn pemimpin zalim tak masuk lagi tu..

    ReplyDelete