Husni bertindak bijak jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan
29 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Tindakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dari kabinet dan dalam Umno serta BN boleh dilihat sebagai tindakan bijak menjauhkan diri dari dilibatkan dengan Umno, kata bekas pengarang Utusan Malaysia.
Bagi Ku Seman Ku Hussain yang meletakkan jawatan dari akhbar itu kerana tidak berpuashati dengan laporan mengenai skandal 1MDB oleh akhbar milik Umno itu, karakter Husni tidak sesuai dengan kepimpinan Umno sekarang.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong," kata Ku Seman melalui facebooknya.
Bagi beliau, walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata kata yang angkuh dan sedikit biadab," tulis bekas wartawan veteran Utusan yang meninggalkan akhbar itu hujung Mac lalu.
Katanya, Husni tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas.
"Karakter begini tidak sesuai dengan Umno. Tengoklah sekarang tak cukup menteri, ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kpd media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.
"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," tulis beliau lagi yang menjadi viral dalam media sosial.
Datuk Seri Husni Hanadzlah meletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan kedua serta semua jawatan dalam Umno bersama Datuk Abd Wahid Omar menteri di JPM yang menguruskan EPU di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing.
Pengumuman perletakan jawatan mereka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan penyusunan kabinetnya baru-baru ini.
Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” kata bekas bos Ku Seman itu.
29 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Husni bijak mahu jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan, Ku Seman Ku Hussain

No comments:
Post a Comment