Monday, June 27, 2016

Dok sibuk-sibuk tentang rundingan ni, sape yang tagih nak berunding?

PAS Kelantan sokong tiada perundingan dengan DAP
Bernama |  Jun 27, 2016 13:53 MYT
PAS Kelantan sokong tiada perundingan dengan DAP
PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan 'duduk semeja' dengan DAP.
KOTA BAHARU: PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan 'duduk semeja' bagi mengadakan perundingan dengan DAP.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan DAP yang menjadi 'penghasut' ketika PAS menghadapi krisis dalaman dahulu menyebabkan parti itu tidak boleh dipercayai lagi.

Katanya sikap pemimpin DAP yang tidak menghormati dan menentang apa yang cuba dilaksanakan oleh PAS khususnya berkaitan hak umat Islam juga dilihat amat tidak munasabah.

"Kami masih ingat sepanjang kami berkawan dengan DAP dahulu sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka tidak sepatutnya menjadi penghasut sehingga memecahbelahkan PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Colek Bersama Media di sini, malam tadi.
Beliau mengulas saranan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor agar PAS kembali bersatu sebagai satu pasukan di bawah Pakatan Harapan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

# Hidung tak mancung, pipi pula bengkak tersorong!
   ada ker DAP sebut nak runding?
   tak malu riuh sekampung, perkara yang tak tentu dah kalot

Bila ada komen yang ungkit tentang rumah mangsa banjir dibina kapir harbi, aku teringat lawatan aku dan Dato' Wan Rahim pengerusi Amanah Kelantan di Kampung Pasir Tumbuh. Tarikh aku dah lupa tapi seingat aku, ada aku upload gambar tu di blog moundweller
 Puak-puak kapir harbi bergotong royong bina rumah yang dihanyut banjir
 
 
Kami makan tengahari bersama sukarelawan kapir harbi di kampung Pasir Tumbuh, Dabung 
 Bantuan untuk bina Masjid yang hanyut (aku dan Dato' Wan Rahim ditengah)

3 comments:

  1. Dah lupa ke rumah mangsa banjir yang dibina oleh parti kapir harbi tu....? Alahai parti Lobai Malang....semakin tinggi serban semakin kuat munafik dan tinggi kebodohannya....

    ReplyDelete
  2. Dah la tak panda tadbir negeri, cakap sombong lebih drp sibodoh!!

    ReplyDelete
  3. Inilah PiS,parti melayu harbi..

    ReplyDelete