Wednesday, June 22, 2016

Cerita kartun lagi: 'Keling' mau belit 'Cina' ka?

Cek mahu beli rumah Guan Eng diserahkan kembali, kata pegawai khas
21 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Tindakan Datuk Abu Backer mahu membeli banglo Lim Guan Eng dianggap satu gimik mencari publisiti.

Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Marziah Mukhtar menyifatkan beliau tertipu dengan tindakan bekas calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014, Datuk Abu Backer Sidek dan akan mengembalikan semula cek beliau yang kononnya untuk membeli banglo milik Lim Guan Eng.

Bagi beliau, tindakan Abu Backer di suatu majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Baru semalam berhubung dengan keinginan beliau membeli rumah milik Ketua Menteri Pulau Pinang, hanya merupakan suatu lagi cubaan sandiwara daripada pihaknya.

"Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menzahirkan kekesalan di atas apa yang telah berlaku semalam.

"Tanpa menghiraukan kemuliaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, beliau sebaliknya telah menyalahgunakan manfaat sebuah majlis berbuka puasa dengan menipu (tricked) saya untuk menerima serahan sekeping surat dan cek bertarikh 20.6.2016 walhal intipati perkara yang disampaikan langsung tidak melibatkan pentadbiran mahupun pengurusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh demikian, katanya, beliau akan kembalikan kedua-dua surat dan cek tersebut melalui pos berdaftar dengan kadar segera kepada firma guaman yang mewakili Abu Backer.

Pengembalian dokumen-dokumen tersebut adalah juga diharap dapat mematikan publisiti murahan yang Abu Backer inginkan buat masa ini, katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau pasti Abu Backer tidak akan berputus asa dalam usaha beliau untuk terus-menerus menagih perhatian orang ramai.

"Jika tidak, takkan beliau sanggup melemparkan diri di hadapan kereta Ketua Menteri Pulau Pinang di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dalam tahun 2014 dan kemudiannya memberi alasan bahawa beliau jatuh pengsan!

"Begitu juga dengan kegagalan beliau untuk menjadi calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar baru-baru ini, di mana beliau telah mengoyakkan kertas penamaan calon dirinya dan telah menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya atas layanan yang diterima," katanya. 

Semalam media melaporkan, banglo kontroversi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Jelutong menjadi idaman bekas calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Datuk Abu Backer Sidek yang berminat untuk membelinya.

Tawaran itu disertakan dengan cek pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga ditawar untuk membeli rumah berkenaan, kata Abu Backer.

“Saya datang mahu berjumpa dengan Ketua Menteri sendiri bagi menyampaikan hasrat untuk membeli rumah beliau.

“Surat tawaran beserta cek deposit sebanyak RM56,000 telah saya sediakan dan sampaikan kepada pegawai beliau dan berharap Ketua Menteri bersetuju dengan tawaran ini,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa Ketua Menteri bersama penduduk Kampung Masjid, Kampung Baharu Air Hitam semalam.

1 comment:

  1. Itulah GEMPAQ KELING ....jangan jangan ada DNA Keling dalam darah Mamat ni....

    ReplyDelete