Thursday, June 30, 2016

Dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita boleh bertukar?

 Mohammad Agus Yusoff
                                     
2 hrsKajang
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (8)
Kawan UKM datang rumah baiki komputer saya yang diserang virus.
Masuk sahaja rumah beliau merungut tindakan kerajaan pusat menahan KM Pulau Pinang. Kenapa perlu digari? Kenapa perlu didakwa? Kenapa tidak didakwa kes 1MDB? Begitulah katanya.
Selepas itu, beliau merungut tentang keborosan pemimpin negara. Sepanjang waktu bercakap, beliau menekankan kepada saya betapa pentingnya kita mengundi perubahan.
**********************
Saya setuju dengan kawan saya untuk memilih perubahan.
Selepas itu, saya bertanya beliau, jikalah berlaku pilihan raya sekarang, parti apa yang hendak diundi? Katanya, mesti PAS kerana dasar Islam PAS.
Seterusnya saya tanya, bagaimana jika PAS bekerjasama dengan UMNO? Nak undi PAS juga ke? Beliau terdiam seperti orang keliru, orang terkena candu.
Selepas itu, beliau menasihati saya, kerajaan zalim BN mesti kita tukar dan kita mesti istaqamah menyokong PAS untuk mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.
Pertanyaan saya, 
 Ini yang saya belum faham.
***********************************
Selesai komputer saya dibaiki, hati saya berkata bagusnya jika selepas Raya ini diadakan pilihan raya.
Saya hendak tengok siapa yang berubah. Saya hendak tengok kerajaan mana yang berubah.

2 comments:

  1. Rasanya rata2 masyarakat di Malaysia ini khususnya Bangsa Melayu,.masih lagi keliru dan mengangap PAS itu ISLAM dan Islam itu PAS,.sebenarnya ahli2 PAS saja yg menganuti Agama ISLAM , menakala PAS itu sendiri bukan Islam sekadar sebuah parti Politik yg memperdagangkan Agama Islam untuk mengelirukan orang2 melayu Islam bagi mengaut keuntungan politiknya,.sedangkan Semua pemimpi PAS sendiri tidak berpegang kepada Akidah Islam, pemimpin2nya akan mendabik dada, Takbur, Bongkak, riak, bila berpeluang bersuara dikhalayak, Apakah sebenarnya yg diperjuangkan PAS,.???? Inilah kekeliruan yg saja mengelirukan Agama dan Bangsa,.apa itu PAS,.??? Kenapa tidak PIS (Parti Islam seMalaysia) kan lebih tepat maksudnya,.

    ReplyDelete
  2. Kawan prof ingat ini zaman sebelum muktamar 2015 kot.

    ReplyDelete