Saturday, June 25, 2016

Patut kena sindir pun!

PM Britain letak jawatan, PM Malaysia disindir kerana mengaku demokrat
24 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
DEMOKRAT SEBENAR... David Cameroon mengumumkan perletakan jawatannya selepas rakyat Britain memilih untuk keluar daripada EU.

Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan perletakan jawatannya setelah rakyat negara itu mengundi bagi meninggalkan Kesatuan Eropah (UE) dalam referendum hari ini.

Dengan linangan air mata, Cameron yang berucap dalam sidang media di samping isterinya memaklumkan sudah menyatakan keputusannya itu kepada Ratu England.

Dalam kempen referendum yang dikenali sebagai Brexit, Cameron memilih untuk kekal di dalam EU.

Bagaimanapun keputusan referendum menunjukkan 51.9% rakyat Britain mahu negara itu meninggalkan EU manakala 48.1% mahu kekal.

Sementara itu komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Britain menghormati referendum itu mendapat respon sinis aktivis sosial.

Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk ketawa atau menitiskan air mata apabila membaca kenyataan Najib yang menggambarkan dirinya sebagai seorang demokrat.

"Adakah PM kata 'kita' demokrat?

"Saya tidak tahu sama ada untuk ketawa atau menangis," komen beliau menerusi tweeter.

"Mungkin 'kita' perlu letak jawatan juga," katanya merujuk kepada Najib.

Ambiga adalah antara mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat yang menggesa Najib supaya berundur.

Seorang peguam Syahredzan Johan memberikan komen berikut: "Demokrat tidak tangkap penentang."

1 comment:

  1. erkk,. Masih tak faham2 lagi ke,?? Hidung tak mancung pipi tersorong sorong,.Musang berbulukan Ayam,.Ikan Gelama Ikan Senohong lama2 jadi pembohong,..buat selamba dek je,.hidup Rakyat amat sengsara Dan terseksa tak Faham2 lagi ke,.?? Semuga berkat Ramadan AlMubarak ini Tuhan memberi pertunjuk dan hidayah kepadanya akan insaf dan bertaubat agar dibukakan hatinya meletakkan jawatan dan digantikan dikalangan mereka yg lebih berwibawa tanpa sebarang skandal maupun fitnah,.hendaknya yg berpelajaran, ber pengtahuan luas dalam kepimpinan Negara tanpa salahlaku.,, semata mata demi Negara Dan Rakyat,..

    ReplyDelete