KENYATAAN MEDIA
BiPPA KEADILAN
TUDUHAN KAFIR HARBI, PANDANGAN KETINGGALAN ZAMAN
Petaling Jaya, Selangor, 27 Jun 2016. Sesungguhnya, BiPPA Keadilan ingin menyatakan rasa dukacita kami berikutan laporan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman di sebuah akhbar perdana yang menyatakan bahawa, penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 jelas membenci Islam, tergolong sebagai ‘kafir harbi” dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka.
Kami berpandangan kenyataan ini telah dikeluarkan secara ‘simplistic’, tanpa hujah yang jelas dan tiada fakta yang kukuh untuk membuktikan ketepatan tuduhan dan hukuman yang dikemukakan. Justeru, kenyataan tersebut wajib disanggah, kerana ia amat mengelirukan masyarakat – Islam dan bukan Islam – di negara ini.
Sesungguhnya, kenyataan tersebut boleh mengundang pelbagai implikasi negatif kepada keselamatan negara, menggugat perpaduan umat Islam, memecahbelah keharmonian hubungan kaum, mengundang tingkahlaku keganasan dan mencemar imej agama Islam sebagai agama pembawa risalah ‘alamiyyah’(universal) dan rahmat untuk seluruh insan.
Amatlah jelas, kenyataan tersebut telah menampakkan bahawa ianya ketinggalan dalam menekuni pelbagai sudut pandang para sarjana dan ilmuan Islam yang bersifat semasa dan kontemporari dan berautoriti seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Syeikh al-Raisuni, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Taha Jabir, al-Ghanoushi, Dr Abdul Hamid Sulaiman, Dr Hassan Turabi, Salim al-Awa, Jaafar Sheikh Idris dan ramai lagi.
Justeru, BiPPA dengan ini mencadangkan agar para Mufti dan pihak lain yang bertanggungjawab atas urusan Islam di negara ini mengambil langkah proaktif mengadakan perbincangan dan dialog ilmiah dengan para ilmuan yang disenaraikan di atas.
Hakikatnya, persoalan kafir harbi dan zimmi musta’min sudah tidak relevan lagi dengan realiti ‘fiqh muassirah’ (fekah semasa).
Adalah amat malang kepada umat Islam sendiri, apabila kelompok yang diamanahkan kuasa untuk melaksanakan urusan Islam, dilihat kehilangan integriti dan tidak mampu membuat pendirian yang adil kepada semua pihak dan rakyat, tanpa mengira anutan agama dan kecenderungan politik mereka. Lebih parah, jika dilihat gagal membebaskan diri dari pengaruh aliran politik sempit perkauman sebagaimana yang dituntut di dalam ayat 13, surah al-Hujurat.
Perlu kita insafi, kedudukan geo-politik umat Islam telah jauh berubah. Sistem khilafah Islam telahpun dileburkan oleh Mustaffa Kamal Ataturk pada tahun 1924. Justeru, al-Qaradawi di dalam karyanya ‘Al-Fatawa al-Shazzah (Fatwa-Fatwa Janggal) telah mengingatkan para fuqaha’ zaman ini supaya menyedari bahawa pembuatan sesuatu fatwa itu adalah mengikut kesesuaian dan realiti yang wujud pada zamannya.
Sheikh Rashid Ghanoushi (Tunisia), dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan agar konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis.
Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul “Muwatinun La Zimmiyyun” (Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini.
Shaikh Taha Jabir al-‘Ilwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta’min – memang dicipta oleh para ‘ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.
Sehubungan dengan ini, BiPPA Keadilan sekali lagi mengulangi pendirian, bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat, bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global.
Kita melihat dengan jelas, cara UMNO menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Mufti di atas adalah ketinggalan zaman dan mengelirukan umat Islam dan rakyat seluruhnya. UMNO dengan sengaja mengambil kesempatan sebegini sebagai satu cara menyiahkan rakyat dari membicarakan isu-isu sebenar dan bebanan yang sedang dideritai oleh rakyat seperti 1MDB, GST, RM2.6 bilion, kenaikan kos sara hidup, kegawatan ekonomi dan sebagainya. Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan Negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.
Justeru, dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah UMNO telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus Negara lagi,kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu’alam. .
Senator YB Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA)
Parti Keadilan Rakyat
25 Jun 2016

No comments:
Post a Comment