Wednesday, 29 June 2016
MAHATHIR LEBIH TOLERANSI BERBANDING NAJIB
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi disiasat polis berhubung kenyataannya yang menyifatkan Najib Razak sebagai "Idi Amin Malaysia".
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah siasatan polis yang kelapan terhadap Tun Mahathir.
Kes ini adalah dibawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana menyamakan Najib dengan Idi Amin, kata Khalid dipetik sebagai berkata kepada media petang tadi.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah antara tahun 1971 hingga 1979 dan terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan menggunakan harta negara sehingga ia ditolak oleh rakyat negara tersebut.
Tun Mahathir juga pernah disamakan dengan Firaun dan digelar Mahafiraun selama bertahun-tahun oleh penentangnya, namun tidak pernah sesiapa disiasat polis kerana perbuatan itu.
Berbanding Idi Amin, Firaun adalah sosok pemimpin yang boleh dikatakan lengkap ciri-ciri kekejamannya sehingga mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebelum akhirnya mati ditelan Laut Merah.
Ternampak bahawa di sebalik perbandingan liar dan keterlaluan terhadapnya, Tun Mahathir tetap ada sisi toleransinya.
Dalam reaksi berhubung siasatan polis terhadapnya, Tun Mahathir berkata, beliau tidak menuduh Perdana Menteri membunuh orang, tetapi mengakui membuat perbandingan dengan Idi Amin untuk menggambarkan Najib bukan Presiden (UMNO) yang baik.
Saya tidak akan tarik balik kenyataan itu. Bagi tuduhan khusus ke atas saya, saya akan jawabnya di mahkamah, tegas Tun Mahathir.
Pada malam kemenangan BN di Sungai Besar, Najib membalas gelaran yang menyamakannya dengan Idi Amin itu dengan mengatakan, "nampaknya Idi Amin Malaysia lebih popular."
Daripada lapan siasatan polis terhadap Tun Mahathir setakat ini, berapa agaknya yang akan membawa kepada pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah?
Menjelang pilihanraya akan datang pula dan melihat bagaimana Tun Mahathir terus menjadikan Najib sasaran serangannya, berapa banyak lagi siasatan dan pertuduhan akan dikenakan terhadapnya? (SH 29/06/2016) - sumber
# semasa Mahatihr berkuasa dulu, bermacam gelaran di berikan oleh yang tidak setuju dengannya tidak pula Polis panggil dan siasat!

Dah banyak mentadarah Dedak, memanglah semakin jinak kepada penternaknya, Apa saja arahanya patsi diturutkan tanpa mengunakan akal dan fikiran kepandaian yg ada hanya TERJAH,.semuga mereka yg di Amanah daripada Rakyat dalam menjalankan Tugas penguatkuasa, kembali kepada pegangan Asas Agama,.Bertaubat Nasuha lah hendaknya,.di alam Barzah nanti tiada siapa yg berkuasa, hanya Allah Swt yg maha mengetahui,.
ReplyDelete