Wednesday, June 22, 2016

Ada ka lagi taring PAS.........kan ke Zahid Hamidi dah Cabut?

TARING PAS TAK TERCABUT WALAUPUN HILANG 18,846 UNDI.

1.Dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar telah berlalu dengan *kemenangan berpehak kepada BN dan kekalahan kekal milik pembangkang Blok ketiga (Pas) dan Pakatan Harapan (Amanah)*.Saya mengucapkan tahniah kepada semua parti dan calon yang menyertai PRK kali ini dengan pencapaian undi yang diperolehi.

2.Apa yang dapat saya perhatikan kali ini ialah perubahan strategi Umno Bn yang tidak lagi menghalakan serangannya kepada musuh tradisinya iaitu Pas.Perubahan strategi ini adalah disebabkan perubahan politik pembangkang dimana *Pas tidak lagi berada dalam mainsterim blok pembangkang* malah dilihat Pas bertembung dengan mainsterim pembangkang.Perkiraan Umno Bn ialah tak perlu mereka menyerang Pas kerana pas tiada peluang untuk mendapat undi bukan Melayu.Apa yang dilakukan Umno Bn ialah melakukan *kepongan terhadap undi Melayu jangan beralih ke Pas atau Amanah*.Pendekatan politik matang Pas yang tidak menyerang Umno Bn masih belum dapat mengalih pengundi Umno yang sedang dilanda krisis kedalam peti undi Pas.

3.Keputusan 2 PRK menunjukan *Pas memperolehi undi hampir sama seperti PRU11 pada tahun 2004*.Dimana PRU11 pengundi bukan Melayu memehak pada BN.*Pas hanya memperolehi undi tegar*.Jumlah undi yang di perolehi Pas pada *PRU11 2004 Sg Besar 7,988 dan K.Kangsar 5,748*.Dan inilah yang juga yang diperolehi pada 2 PRK malah berkurangan,*undi Sg Besar 6,902 dan K.Kangsar 5,684 berbanding pencapaian 2004*.Pas juga kehilangan undi 11,394 di Sg Besar dan 7,452 di Kuala Kangsar berbanding undi yang diperolehi pada PRU13 yang lalu.*Namun taring Pas tetap kuat tidak tercabut*.

4.Apa akan terjadi pada PRU14 nanti sudah boleh dilihat pada corak 2 PRK yang baru berlalu.Adakah jumlah undi yang diperolehi Amanah boleh membantu mereka mencaturkan strategi politik bagi menghadapi PRU14 terserahlah pada parti Amanah dan PH menganalisanya.Yang penting *Taring Pas tidak tercabut walaupun kehilangan 18,846 undi di 2 PRK*.

KETUK KETUK RAMADHAN, ALHAMDULILLAH.

#UndurNajib
#LawanTetapLawan
#TerusBerjuang
#SelamatkanMalaysia

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
PEMERHATI POLITIK JALANAN
20 Jun 2016/15 Ramadhan 1437H
3.00pm ETS KTM Kl-Alor Setar.

3 comments:

  1. Mcm mat sabu cakap,
    Gigit mee pun tak putuih..
    PiS gigi pun dah tak ada tp belagak dgn gigi palsu

    ReplyDelete
  2. saja nak tanya....

    Betul ke TGHA dapat hadiah dua buah SUV sport harga hampir rm700000. Sapa bagi ye?

    ReplyDelete
  3. Jarum UMNO dah menjadi sebelum PRK Sg Vesar dan K.Kangsar. Dengan usul hudud, maka gegak gempitalah sembang PAS. Bula PAS sombong, maka pecahlah undi. Hasilnya? Seperti yg kita saksikan..
    Tapi kenapa TGHH tangguhkan usul? Saja nak tanya. Ada kena-mengena dgn dedak yg diterima? Takpalah.... walaun PAS masih lagi sembang tak jatuh. Oktober ni agak-agak boleh bentangkan usul ke? Arau tunggi lagu 2 tahun dekat-dekat PRU 14 nanti. Baca dan tangguh lagi sekali....
    Tuan-tuan sedar dan nampak permainan ini???

    ReplyDelete