Saturday, June 25, 2016

Berani menyalak tapi takut nak menerkam!

FRIDAY, JUNE 24, 2016
Pas berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam!
Pada 26 Julai 2015, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mengingatkan bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).  

Menurutnya lagi, kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemgumuman pembentukan muafakat pembangkang yang baru "menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan PAS", lapor Mingguan Malaysia hari ini. Baca lagi di sini

Berlandaskan kepada kenyataan Haron Din diatas itulah maka Dewan Muslimat dalam Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 di Kota Bharu yg lalu telah meluluskan usul yang dikemukakan perwakilan PAS Kedah supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan PKR. 

"Memandangkan sejak kebelakangan ini, Pas dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain," kata usul tersebut yang tertulis di dalam Buku Usul.   

Usul itu mempunyai kaitan dengan beberapa tindakan yang dibuat oleh PKR termasuk ketika Pilihan Raya Negeri di Sarawak baru-baru ini.     

Tetapi belum pun Majlis Syura Ulama berbincang dan membuat apa-apa keputusan, tiba-tiba Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu, parti Islam itu akan meneruskan kerjasama politik bersama PKR seperti yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu.     

Kenyataan Mustafa Ali ini berkemungkinan besar kerana bimbangkan Majlis Syura Ulama akan terpengaruh dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan meneliti usul memutuskan hubungan dengan PKR

Tetapi yang peliknya, kenapa usul Muslimat itu perlu dibawa untuk dibincangkanlah oleh MSU? Kenapa tidak dibincang dan diputuskan dalam muktamar sebagaimana keputusan meneruskan kerjasama politik bersama PKR yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu?  

Muktamar Muslimat PAS Ke-62 mengusulkan supaya Majlis Syura parti itu mengkaji untuk memutuskan hubungan dengan PKR pula.  

Mustafa menghina Dewan Muslimat Pas  

Mustafa nampaknya telah menghina Dewan Muslimat Pas apabila beliau memperlekehkan usul Dewan Muslimat yang dianggap 'kurang pengetahuan' dalam isu tersebut 

“Usul Dewan Muslimat itu timbul disebabkan kurangnya ‘pengetahuan’ pihak berkenaan dalam isu tersebut.-," kata Mustafa.  

“Dia (pihak kemuka usul) tak tahu banyak perkara, dia tengok begitu sahaja. Kalau secara keseluruhannya, benda yang positif (bersama PKR) masih banyak.”  

Sepatutnya, Usul Dewan Muslimat itu dibawa untuk dibincang dan dibahaskan dalam muktamar Pas Pusat kerana hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 


Merujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS   Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.  

Melalui perbahasan dan perbincangan secara terbuka oleh para muktamirin, maka kita semua akan dapat menilai sama ada usul tersebut patut diterima atau ditolak oleh muktamar.  

Juga melalui perbincangan dan perbahasan itu juga, maka banyak perkara yang Dewan Muslimat akan pelajari, kalaulah benar dakwaan Mustafa bahawa Muslimat tak tahu banyak perkara. 

Sebenarnya, Pas ni berlagak macam anjing yang menyalak bukit sahaja.... berani menyalak sahaja tapi tidak berani nak menerkam! Tunggu apa tunggu? - sumber asal

2 comments:

  1. Kenapa mesti Menyalak, buat sakit tekak je,.bertindak memutuskan hubongan dengan PKR kan senang,.Rumah Awak Rumah Kami,.Periuk Awak Periuk kamu,.mudah kan dengan Survival masing2,.ikutlah selera sendiri tiada siapa nak memaksa dan tiada juga yg nak ambil tahu,.Terjun lah dengan Labu2 nya,...

    ReplyDelete
  2. menyalak kpd ameno di ceramah2, tetapi menjilat2 apabila berdekatan???

    ReplyDelete