Saturday, June 25, 2016

Ulasan menarik: Kenapa David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan dengan mudah

Kenapa Begitu Mudah Cameron Mahu Lepaskan Jawatan PM Britain ?
Saturday, June 25, 2016
David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,” 


Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh. - Mkini.


Keputusan Referendum samada mahu Britain kekal dalam Kesatuan Eropah adalah 51.9%  mengundi keluar dan 48.1% mengundi kekal. Peratus mengundi adalah 71.8% atau lebih 30 juta rakyat.

Cameron yang menyokong Britain kekal dalam EU merasakan yang beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti rakyat dan membuat keputusan mengundur diri.
Ayat beliau yang dipetik oleh paper Britain - 'I love this country and i feel honoured to have served it '

Kita bukannya tahu pun macamana Cameron memerintah, baik ke buruk ke tapi cara beliau menerima keputusan Referendum itu sungguh gentleman ! Tabik !

Bukannya referendum mengukur populariti dirinya sebagai PM tapi sebab pandangannya tidak diterima majoriti rakyat, Cameron merasa tercabar.  Bukannya banyak pun majoriti yang beliau kalah, cuma 4% jer tapi itulah namanya Demokrasi.
Komen Najib dalam Twitter - Pengundi UK telah bersuara. Sebagai demokrat ( pengamal demokrasi ), kita mesti hormat keputusan itu.

Hmmmm ...... Najib mengaku sebagai pengamal demokrasi ya ....

Apakah Najib mengiktiraf amalan Referendum atau pungutan suara atas sesuatu isu penting ?

Apakah Najib menerima kritikan atau teguran dan menganggap sebarang kritikan itu sebagai satu amalan demokrasi ? Yakni meraikan apajua pandangan rakyat ?

Bandingkan cara Najib menangani kritikan dalam parti dan cara Najib berdepan dengan Deklarasi Rakyat atau apasaja usaha yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini seperti Undi Tak Percaya.

Bagi saya cara Najib senang jer dirumuskan - TIDAK BOLEH ADA KRITIKAN ! 

Hanya melalui PRU saja boleh Najib turun, bermakna Najib mengheret sama Umno BN dalam usahanya mahu mengekalkan kuasa. Najib adalah Umno BN, mahu turunkan Najib kena turunkan Umno BN.

Usaha Tun Mahathir yang mahu menurunkan Najib juga dijaja cai2 Najib sebagai usaha mahu menjatuhkan kerajaan. Deklarasi Rakyat tidak sentuh pun kuasa kerajaan tapi difitnah sebagai usaha menjatuhkan kerajaan. 

Najib berselindung disebalik kekuatan Umno BN. Apakah Najib sendiri punya pengaruh ? 


Entahlah ....    masa kempen PRU13, kempen I Love PM dan muka Najib penuh semak di merata poster, BN hampir2 tewas. Kemudian masa PRN Sarawak dan dua PRK baru ni, tidak ada pula muka Najib di mana2 poster. Jadi nak ukur populariti Najib ni payah sikit.

Sebab Najib takut  ......

Apapun, tindakan Cameron memang kita kena tabik. Walaupun referendum itu bukan satu pilihanraya dan ia bukan mengenai isu populariti dirinya sebagai PM tapi sebab ia mewakili suara seluruh rakyat dan pandangannya ditolak majoriti pengundi, beliau tetap juga menerimanya sebagai penolakan dirinya sebagai PM.

Kenapa begitu mudah Cameron mahu meletak jawatan ?

Besar kemungkinan kerana Cameron tidak punya apa2 kepentingan yang perlu dipertahankan ....... Tidak ada skandal2 yang perlu disorokkan .... Tidak bergantung kepada jawatannya untuk meraih laba bagi membiayai gaya hidup mewah yang melampau .... tidak risau bakal diheret ke muka pengadilan sekiranya tidak lagi berkuasa ......

Pendek kata - Cameron bebas dari semua itu, makanya beliau senang untuk buat keputusan mengundur diri.

Tapi kalau salah satu atau semua kemungkinan2 itu ada, rasanya tidak mungkin Cameron akan letak jawatan semudah itu !

2 comments:

  1. Kenapa Malaysia tak mau buat referendum sebelum memutuskan untuk menandatangani TPPA.....
    Adakah kenana Najib rasa kepala hotak dia lebih baik dari David Cameroon...

    ReplyDelete
  2. Najib lah prngamal demokrat sejati sesiapa sahaja yang mengkritik beliau memang DEMO_KERAT sunguh2 DEMO kena KERAT karernya!
    Mampooouuiiihhh!!!

    ReplyDelete