Friday, June 24, 2016

Ngong......semuanya salah orang, tak pernah pun nampak salah sendiri!

# Sekiranya anjing boleh bercakap, anjing pun akan persalahkan agaknya!

Pas dakwa Azmin punca kekalahan PRK
24 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan ManPunca kekalahan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, disebabkan sokongan terbuka Datuk Seri Mohd Azmin Ali kepada calon Amanah, akui Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, Pas merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.
Katanya, Pas tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.
Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.
“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin seperti dilapor FMT.

# padan muka Azmin nak berkawan dan menyantuni sangat manusia spesis ular

4 comments:

  1. Masuk aje politik orang yang rasional dan berilmu seperti TITM ni pun dah jadi bewak komodo. Prinsip dan perjuangan bangsa Melayu amat lemah dan tidak lebih dari kaum minoriti Rohingya di Burma.

    ReplyDelete
  2. Percaya la yg ostad2 dlm Pis sntiasa benar, tiada yg salah melainkan semuanya benar!!

    ReplyDelete
  3. Ni sekor lagi laha... semua dah berusaha balik kpd qada dan qadar Allah, tak dah iman punya islam sekular, ptuiii....

    ReplyDelete
  4. PAS kalah sebab DAP tak hasut orang bukan Islam supaya menolak hudud. PAS hilang sokongan sebab AMANAH parti nyamuk itu menjadi pengkhianat....
    Semua pihak disalahkan kecuali UMNO yang menghulur sisa-sisa dedak mutakhir ini. Kejahatan dan kebodohan sendiri lansung tidak diambil iktibar.

    ReplyDelete