Friday, June 24, 2016

Punya air muka: PM British umum berundur

# Najib pun mencelah gak?

PM British umum berundur, Najib gesa hormat referendum
mk   -   Hari ini, 4:49 petang

David Cameron mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum Oktober ini selepas rakyat Britain mengundi keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum diadakan.

“Saya tidak fikir saya sesuai menjadi kapten untuk memimpin negara ini ke destinasi seterusnya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya Downing Street, menurut Reuters.

Sebelum ini, Cameron semasa berkempen berkata akan kekal mentadbir walau apa pun keputusan diperoleh.

The Guardian pula melaporkan Cameron sebagai berbangga dengan pencapaian sebagai perdana menteri selama ini.

Selain referendum berkaitan kedudukan dalam EU, beliau juga merujuk kepada referendum untuk Scotland sama ada ingin kekal dalam Britain sebelum ini.

Cameron menegaskan beliau telah berjuang untuk referendum dengan sepenuh hati tetapi orang ramai berbeza pendapat dan oleh itu mereka memerlukan seorang pemimpin baru.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan rakyat British itu mesti dihormati.

“Pengundi UK sudah bersuara. Sebagai demokrat, kita mesti hormat keputusan itu.

“Kita harap yang terbaik buat rakan-rakan British kita untuk masa depan yang mereka pilih,” katanya.

Rakyat M'sia antara pelabur terbesar di UK

Undian itu diadakan selepas timbul persoalkan berkaitan peranan London sebagai bandar raya kewangan global bersama EU.

Kesan daripada keputusan itu, nilai pound jatuh ke tahap terendah dalam tempoh 30 tahun.

The Star Online melaporkan, pengundian bersejarah itu memberi beberapa kesan terhadap rakyat Malaysia, yang menjadi antara pelabur terbesar dalam harta tanah di United Kingdom.

Pelabur lain termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Lembatan Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pelabur Malaysia juga dikatakan terlibat dalam beberapa projek harta tanah di Britain, termasuk pembangunan semula Battersea.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan dagang dua hala yang kukuh.

Bank Negara berkata pasaran Malaysia berada dalam kedudukan bersedia berdepan sebarang kemungkinan susulan referendum itu.

10 perkara yang anda ingin tahu tentang Brexit

3 comments:

  1. Walau pun David Cameron itu orang Kafir tetapi dia memiliki sifat lebih dari orang Islam dan sanggup melepaskan jawatan nya setelah para pengundi di England menolak untuk terus berada di dalam EU. Bagaimana dengan PM Malaysia yang di selubunggi pelbagai scandle, tidak kah dia merasa malu dengan tindakan David Cameron itu? Dalam hal ini apa pula yang akan di perkatakan oleh Haron Din dan Hadi!!!

    ReplyDelete
  2. Hadi cakap....saya suka saya suka...PAS boleh jadi penasihat kepada Perdana Menteri Britain yang baru.
    Haron Din pulak cakap...tak masuk akal, tak logik najib curi duit mdb masuk akaun peribadi....

    ReplyDelete
  3. Terkelit masalah, org yg ada maruah akn cepat2 lpskn jawatan. ITU budaya org hebat. Do Malaysia ni, DrM dulu dh perasan yg dia Tak disukai, dia juga berundur.
    Tapi Mr President parti melayu cap Keris Dan partI islam berkeris panjang, jadi malaun pun tkkn berundur!!

    ReplyDelete