Jangan terikut rentak Dr M ‘mesra pembangkang’
ASYRAF MUHAMMAD - 28 JUN 2016
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh terikut dengan rentak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang dilihat lebih ‘mesra pembangkang’.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, buat masa ini, Muhyiddin dan Muhriz perlu terus mendekati pemimpin dan ahli Umno memandangkan mereka masih mempunyai pengikut di dalam parti.
“Mereka harus ingat, selalunya dalam sejarah pertandingan dan pertentangan pandangan dalam Umno, ahli parti akan meletakkan keutamaan dalam mempertahankan institusi.
“Lihat sahaja kes apabila berlaku pertandingan pada era Tunku Abdul Rahman Putra dan juga Tun Mahathir, yang membawa kepada pengharaman Umno.
“Tun Mahathir juga pada waktu itu tidak mendapat sokongan hampir separuh perwakilan, tetapi akhirnya beliau menang tipis serta tetap diterima oleh ahli Umno,”katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Dalam pada itu, Md Shukri memaklumkan bahawa apabila ahli Umno menyertai pembangkang, maka mereka tidak akan disokong malah akan turut mengundang kecaman serta tentangan daripada ahli parti.
Beliau berkata, sekiranya kawasan Pagoh dan Dun Ayer Hitam diusahakan untuk menjadi kubu pembangkang seperti Permatang Pauh, ia tidak akan menguntungkan Muhyiddin dan Mukriz malahan hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
“Lihatlah kepada ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai model perjuangan bangkangan yang terhenti.
“Walaupun dahulu pernah menentang kepimpinan Umno yang difikirkan salah, akhirnya bakat dan populariti beliau masa itu tidak berterusan dan sekadar berperanan sebagai Ahli Parlimen biasa mewakili kawasannya sahaja,” katanya.
Tambah Shukri, buat masa ini, Muhyiddin dan Mukhriz dilihat perlu lebih aktif dalam NGO bagi mengisi ruang dan masa sementara menanti keadaan kembali pulih.
Baru-baru ini, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.
# MP lalang dijadikannya contoh?
ASYRAF MUHAMMAD - 28 JUN 2016
Muhyiddin, Mukhriz Muhyiddin, Mukhriz

Dalam hal ini sejarah dah tak boleh dipakai lagi. Strategi adalah yang paling efektif. Situasi politik dahulu dan sekarang amat jauh berbeza dan pola pengundian dalam PRU turut berubah. Pemerintah yang korup akan menggunakan sepenuhnya harta dan wang rompakan dari rakyat bagi mempertahankan kuasa dan kedudukan mereka, sekiranya mereka kalah bermakna jangka hayat mereka akan dihabiskan di dalam penjara. Semua ni salah Ziana, sekiranya beliau jadi isteri Mat Jib dah tentu politik Malaysia akan jadi lebih baik dari menerima nasib buruk akibat sifat Iblis betina yang saban hari menjamu nasi kangkang untuk dijamah sang dayus.
ReplyDeletePendapat dari pensyarah kangkong..camtu ler...
ReplyDeleteDalam umno masa pertandingan wujud tentangan tapi bila calon mereka kalah semua lari kpd yg menang..hilang dedak..
ReplyDeletePensyarah kangkong ni terjemah dedak juga erkk,.
ReplyDelete