Sunday, June 12, 2016

Tahu pulak mereka menilai orang lain khianat dan erti setia kawan?

Akhbar Pas dakwa MB khianat, mahu tahaluf dengan PKR dikaji semula
11 Jun 2016 | ARIF ATAN
Azmin berpelukan dengan Mat Sabu di Sungai Besar ketika mengiringi calon Amanah. Gambar Malaysiakini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali disifatkan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah sebagai mengkhianati persefahaman dengan Pas apabila bertindak mengiringi calon Amanah di pusat penamaan calon Sungai Besar 5 Jun lalu.

Menerusi ruangan Komen Editor keluaran Edisi Jumaat, 10-12 Jun itu, Azmin yang juga Naib Presiden PKR itu dianggap tanpa segan silu mengiringi calon Amanah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Ustaz Azhar Ab Shukur.

Memanggil Amanah sebagai Pan, editor Harakah menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Azmin itu dan mempersoal sejauhmana hubungan PKR bersama-sama Pas.

"Lebih mengecewakan, PKR yang sebelum ini bertahaluf dengan Pas juga mengikut rentak sama dengan mengiringi calon Pan (Amanah) di Sungai Besar.

"Apakah ini politik setia kawan?" soalnya. Mengulas pertembungan Pas dengan Amanah pada PRK serentak, 18 Jun ini, editor Harakah menyifatkan parti diterajui Mohamad Sabu itu sebagai 'parti serpihan Pas yang dibentuk mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas ke-61 sebelum ini'.

Harakah turut menganggap Amanah sebagai 'alat' dalam PRK termasuk di Kuala Kangsar kerana kononnya memberi kemenangan mudah kepada BN.

Tidak cukup dengan itu, editor Harakah mendakwa Amanah menjadi "kuda tunggangan kepada PH (Pakatan Harapan) yang dikepalai DAP" - satu ungkapan yang kerap digunakan akhbar dan TV pro Umno-BN sebelum ini.

"Mereka (Amanah) menuduh Pas mahu bergabung dengan Umno dan menyelamatkan Umno, sedangkan apa yang mereka lakukan hari ini di dua PRK ini jelas sekali bermatlamat menyelamatkan Umno-BN," dipetik daripada Komen Editor Harakah itu lagi.

Sementara itu, di halaman akhir Harakah pula memuatkan berita bertajuk, "Pan lawan siapa sebenarnya?" yang memetik kenyataan Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Syed Ahmad Fadhli

# Tidak adilkah bila pengkhianat dikhianati?

Bukankah rakyat mengundi mereka kerana mereka melawan UMNO/BN semasa sama-sama dalam Pakatan Rakyat?
Tapi sekarang bagaimana?

5 comments:

  1. Kalah atau menang di dalam sesuatu pertandingan ada lah lumrah. Tetapi bila setandan di gugurkan bagaimana pula?
    Beretika kah PAS bila pemilihan di Muktamar PAS yang di adakan di Kuala Selangor dahulu di tentu kan melalui "CHAI" yang di pekenal kan oleh se seorang yang tidak "BERMARUAH" bernama Mokhtar Senik. Lis "CHAI" tersebut masih berada di dalam simpanan saya.
    Mengapa PAS perlu marah marah bila MB Selangor mengiringgi calon AMANAH. Lupa kah PAS bahawa di Negeri Selangor PAS hanya menempel lepada PKR kerana PAS sudah tidak bersama Pakatan Rakyat. Berhenti lah dari mengeluarkan kata kata yang bersifat "FITNAH".

    ReplyDelete
  2. Di Selangor paspispus ni nothing sebenarnya. Jangan samakan kekuatan paspispus seperti di pantai timur. DI SELANGOR Paspispus adalah parti tempelan shj..tak membawa apa2 kebaikan pun kpd Selangor. Klu paspispus perwntah Selangor serupa juga la jd mcm terengganu dn kedah. Paspispus parti yg takde maruah menyokong umno yg penuh dgn rasuah dn penyelewengan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita PusPisPus dah dijadikan alat tunggingan/doggy Ameno

      Delete
  3. Pas dah sasau?PKR ahli PH..PH tanding PKR kena sokong..Pas tanding makna lawan PKR.pKR patut buang EXCO pas dlm kerajaan..Pas dah ada umno..

    ReplyDelete
  4. Khianat? PIS ni dah gila ke? Padanlah takde sapa mahupun ahli PIS yang nak beli dan baca Harakah. Taraf Harakah kala ni sama je macam BH, UtusM dan NST, SAMPAH! Umum sudah jelas bahawa PKR adalah parti komponen PH dan umum juga sudah jelas bahawa PIS sudah menubuhkan blok baru bernama PISIK (tak boleh guna lagi PASIK). Maka, dimanakah khianatnya jika PKR menyokong Parti Amanah, ynag turut menjadi komponen PH? Khianat yang sebenarnya adalah jika PKR menyokong PAS dan membelakangkan Parti Amanah. Dan fakta ini pun tidak boleh difahami oleh pak2 lebai yang mengaku alim ulamak?

    Apa yang sepatutnya Harakah war2kan adalah keutamaan PIS untuk berambus dan pergi jauh dari PKR dan Kerajaan negeri Selangor! Sebagai parti yang sudah menyertai blok baru dengan Parti Ikatan, apa yang PIS dok menyondol lagi kat PKR ni? Untuk apa? Demi prinsip PIS dan demi rakyat Selangor? Phfff....takde sapa percaya de! Yang jelas, rakyat nampak pak2 lebai PIS ni memang tamakkan jawatan, kuasa dan pangkat. Prinsip dan kepentingan rakyat sudah ditangguhkan ke PRU akan datang (bila mana PIS akan dok bertempiklah kononnya mereka masuk pilihanraya demi rakyat..tapi tak nak menang dan tak nak UMNO kalah..tak ke gila namanya tu)! Bila hal2 kepentingan rakyat dibangkitkan kat Parlimen, MP2 PIS samada berkecuali, ponteng ataupun dok lepak kat kafe. Buat membazir duit rakyat dan undi rakyat je lantik diaorang ni ke Parlimen.

    Satu lagi, apakah sumbangan adun2 PIS ni kepada rakyat negeri Selangor selain dari makan gaji, elaun dan mintak derma kat rakyat? Once in a blue moon baru lah dengar sekoq pemimpin PiS tegur (dengan lemah lembut dan santun) UMNO dan Najib. Pastu kesusahan rakyat takde pun diperjuangkan. GST dah lama dikuatkuasa dan dizalimkan keatas rakyat dan baru2 ni je adalah dewan ulamak PIS bagtau yang GST tu haram tapi takde sekoq pun pimpinan atasan PIS yang marah dan menyerang Najib kerana melaksanakan perkara yang haram keatas rakyat! Apa yang berlaku, pimpinan PAS nak jadi penasihat dan nak faham UMNO supaya boleh bersatu dengan UMNO di kemudian hari! Nak bersatu dengan Parti yang telah melakukan kezaliman dan sesuatu yang haram ke atas rakyat? Otak diaorang ni dah mereng ke? PIS boleh berbaik2 dengan Parti yang telah melaksanakan sesuatu yang sudah diwar2kan sebagai haram keatas rakyat tapi bermusuhan dengan orang2 yang menentang dan menolak perkara haram (GST) tu? Otak diaorang ni dah memang letaknya kat kepala lutut!

    Sendiri buat perkara yang haprak tapi sibuk tuduh orang lain sebagai khianat. Memang PIS ni dah sasau dan dah buang tebiat. Adalah lebih baik PIS ni dibiarkan je nazak dan pupus sama seperti UMNO. Mudah2an dengan ketiadaan kedua2 parti usang dan reput ni akan membawa sinar baru untuk rakyat dan negara. Islam pun mungkin lebih bercahaya!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete