Sunday, June 5, 2016

Merapu sungguh menteri ni.......! ke dah bengong?

'Kelantan nak hudud kerana banyak jenayah'
Zikri Kamarulzaman    4 Jun 2016, 3:40 petang
Kelantan mahu melaksanakan undang-undang syariah lebih tegas kerana penganut Islam di negeri itu tidak takut dengan hukuman sedia ada, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata muslim di negeri lain - seperti di Selangor - lebih taat mengikut ajaran Islam dan ia tidak memerlukan pindaan enakmen syariah.

"Kelantan (digelar) Serambi Mekah (tetapi) berlaku banyak (maksiat), sebab itu (PAS) nak buat (undang-undang syariah).

"Orang Kelantan kena denda RM5,000 mereka tak takut, tetap nak buat (kesalahan) juga. Kenakan (penjara) lima tahun pun tak takut, sebat enam kali lagi tak takut," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan membawa usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu selepas dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut PAS usul berkenaan - yang dibawa melalui rang undang-undang persendirian - adalah untuk memperkasa mahkamah syariah terutama di Kelantan.

Bagaimanapun Abdul Hadi memohon rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahas pada sesi parlimen akan datang.

Kata Nazri PAS perlu dibiarkan melaksanakan undang-undang syariah lebih ketat di Kelantan yang ditadbir mereka.

"Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak dialah," katanya.

# ni pulak kata AzalinaAzalina: PM, TPM arah usul Hadi dibawa ke depan

2 comments:

  1. Dari segi realitinya memang betul juga tuduhan Nazri ni. Kebanyakkan jenayah berat seperti bunuh, rogol dan rompakan terjadi di Kelantan. Kalau terjadi di negeri lain contohnya Terengganu, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang pun kebanyakkannya dilakukan oleh individu yang berasal dari Kelantan. Orang Kelantan mi yang Ulama, memang Ulamak sungguh dan kalau yang berjaya dan bijak seperti MSO dan Admin ni maka bijak sungguh, tapi kalau yang jahat tu maka jahat sungguh2. Nak bukti cari sendiri sebab ruangan komen terhad untuk kemukakan bukti berbentuk statistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui juga...kalau yang baik jadi insan syumul macam TG Nik Aziz. Kalau jahat pulak jadi Nik Doremon ...curi balak tapi sebuk nak buat undang-undang potong tangan...gedebe sungguh.

      Delete