Analisis PRK Sungai Besar: Tiga Agenda Di Sebalik Tiga Penjuru
Posted on Tuesday, June 07 @ 11:52:41 MYT by paktam
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
PAS dan Amanah, kalau tidak banyak, mungkin sedikit sudah dapat mencongak siapa akan jadi juara pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Tetapi sebenarnya dalam pertandingan kali ini, siapa kalah siapa menang tidaklah begitu penting bagi dua parti ini, begitu juga dengan Barisan Nasional (BN).
Jika BN kecundang, kesannya hampir sifar, tiada apa pun yang akan berubah dalam kerajaan Persekutuan, mahu pun kerajaan Selangor.
Jika PAS tewas pun, ia bukan luar biasa kerana mengikut rekod PAS memang tidak pernah menang di kerusi tradisinya ini. Apatah lagi jika Amanah yang pertama kali bertanding ini kalah, memang tiada siapalah yang akan kata apa-apa.
Tetapi, di Sungai Besar, ketiga-tiga parti dilihat mempunyai agenda tersendiri yang bersifat parti dan peribadi sebaik sahaja gelanggang PRK dibuka. Masing-masing turun ke gelanggang dengan memandang ke arah yang lebih ‘jauh tapi dekat’, iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bagi BN yang setengah pihak katakan sudah ‘tenat’, kemenangan di Sungai Besar penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa tanggapan itu dusta. Dengan kemampuan mempertahankan kerusi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, ia juga dapat membuktikan dacing yang menjadi simbol parti masih ‘berfungsi’ dengan baik.
Namun harus diingat, jika BN menang sekali pun, kegembiraannya mungkin hanya dua hingga tiga minggu sahaja. Berlabuhnya tirai PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, bermaksud semua kita menunggu pentas PRU-14 dibuka. Tiada lagi PRK lain selepas ini.
Selalu sangat kedengaran calon BN Budiman Mohd Zohdi berkata dirinya adalah calon ‘underdog’ walaupun beliau nampak yakin dengan kelebihannya sebagai calon tempatan. Hal ini memang ketara dan semua orang nampak!
Tetapi, ketika berceramah, Budiman tidak lupa mengingatkan pengundi tentang pentingnya PRK kali ini kerana dalam sejarah, ia merupakan PRK yang diadakan paling hampir dan singkat jaraknya menuju ke sebuah PRU.
Andai kata-kata Budiman itu ‘masuk’ ke hati sanubari pengundi, sekurang-kurangnya, jika BN menang kali ini, mereka dapat melangkah ke arah PRU-14 dengan lebih yakin dan bersemangat selepas menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Barangkali itulah agenda BN pada kali ini, mahu jadikan kemenangan di Sungai Besar sebagai modal kempen dan rekod baik parti untuk diceritakan kepada pengundi ketika PRU-14 kelak.
Lain pula halnya dengan PAS dan Amanah di mana Sungai Besar seolah-olah menjadi tempat mereka beradu sama ada ‘kau atau aku lebih hebat’. Ini berlaku selepas rundingan demi rundingan dibuat dengan Pakatan Harapan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru gagal.
PAS langsung tidak mahu berundur dan beri peluang kepada Amanah atau PKR untuk menentang BN atas pendirian ‘ini kerusi tradisi kami’.
Sudahnya, mereka bertemu di tiga penjuru!
Dan, selepas bilangan penjuru dimuktamadkan dalam proses penamaan calon, barisan pimpinan kedua-dua parti ini mula mahu melupakan konflik kerusi sebelum ini dengan mengeluarkan kenyataan kononnya mereka mahu terus bergerak ke hadapan dan beri fokus untuk jatuhkan BN.
Hakikatnya ia tak ubah sebagai retorik atau ‘ayat penyedap’ sidang media sahaja kerana secara logiknya BN memang sukar untuk jatuh bila terjadinya pertembungan tiga penjuru.
Kesimpulannya, dua parti pembangkang ini lebih rela membuka laluan mudah untuk BN menang.
Apabila berlaku situasi seperti ini, jumlah undi yang terpecah inilah yang menjadi agenda dan mahu dilihat sangat oleh PAS dan Amanah.
Daripada jumlah undi yang diperolehi nanti, PAS sudah pasti akan melakukan sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya.
Mungkin dengan keputusan yang diumumkan nanti, mereka sedar akan hakikat bahawa PRU mendatang bakal memberikan banyak kebarangkalian dan kemungkinan, lebih kepada yang tidak baik buat mereka selepas mereka keluar daripada Pakatan Rakyat.
Bagi Amanah, yang membawa nama Pakatan Harapan, mereka tenang-tenang sahaja!
Pertama kali melihat bendera oren berkibar, ia sudah boleh dianggap sebagai satu pencapaian membanggakan.
Bendera oren terang memancar yang berkibar di Sungai Besar ibarat memanggil atau menjemput masyarakat setempat yang tidak pernah tahu tentang kewujudannya untuk mengenali parti itu dengan lebih dekat.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui bahawa komitmen dan kejayaan ini bakal memberikan pemangkin kepada kebolehan untuk melakar sebuah naratif melawan Umno dan BN.
“Bila masa idealisme dikumpulkan dan digarap dalam gagasan Pakatan Harapan, sebenarnya agenda kita melangkaui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar semata-mata.
“Sudah tentu bila kita mengguna pakai jentera-jentera tempatan yang kita harap untuk memenangi hati pengundi sempena bulan Ramadan, niat kita bukan untuk mengasari sesiapa pun, tapi niat kita untuk mempelopori langkah menuju usaha menyelamatkan Malaysia dalam PRU-14 nanti.
“Jika kita tidak berani mengorak langkah sekarang, bila lagi?,” katanya.

No comments:
Post a Comment