Andainya PRU14...
Januari 02, 2018
Oleh Lim Hong Siang
Sudah dua penggal berturut-turut UMNO-Barisan Nasional tidak meraih majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Gelombang tsunami pertama membadai tanpa dijangka pada 8 Mac 2008, dan perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi tidak bersedia untuk berdepan dengannya. Parti pembangkang berjaya merangkul 82 daripada 222 kerusi parlimen, di samping mengambil alih 5 buah kerajaan negeri.
Gelombang tsunami kedua sememangnya dijangka bakal melanda PRU13 pada 5 Mei 2013, cuma tidak pasti sejauh mana impaknya. Malah UMNO-Barisan Nasional telah bersedia untuk situasi “seandainya BN ditewaskan”. Bersedia tidak bermaksud “melepaskan kuasa seandainya kalah”, tetapi boleh jadi “bagaimana mempertahankan kuasa sungguhpun dikalahkan”.
Akhirnya BN menang kerusi sungguhpun kalah undi. Pakatan Rakyat mara selangkah lagi ke depan, dengan 89 kerusi Dewan Rakyat, tetapi sekadar mampu mempertahankan 3 kerajaan negeri.
Kesudahan ini disambut dengan perasaan berbaur. Untuk UMNO-BN, mereka gembira kerana masih memegang 60% kerusi parlimen, dan merampas semula kerajaan negeri Kedah, juga mempertahankan kerajaan negeri Perak yang dirampasnya pada tahun 2009. Namun BN kehilangan kerusi dan undi yang lebih banyak berbanding apa yang dicapai Pak Lah dalam PRU12.
Untuk Pakatan Rakyat, semestinya ia dikecewakan kerana matlamatnya untuk menawan Putrajaya tidak kesampaian. PR hanya boleh senyum dengan memaksa dirinya menerima keputusan ini secara positif. Untuk kali pertama jumlah undi yang diperolehi “pembangkang” mengatasi “pemerintah”, dan lebih 8 kerusi parlimen diperolehinya berbanding PRU12.
Ini sejarah. Padahal di negara demokrasi yang lain, adalah memadai seandainya parti pemerintah menang sekadar dengan majoriti mudah dalam pilihan raya. Cuma di Malaysia, UMNO-BN yang selama ini selesa dengan majoriti dua pertiga, menggariskan matlamatnya pada paras dua pertiga. PM yang gagal mencecahnya, akan digulingkan dalam parti.
Najib Razak sepatutnya dijatuhkan selepas PRU13, tetapi beliau bernasib baik sungguhpun dirinya bangkit dengan menjatuhkan Abdullah yang gagal mencapai majoriti dua pertiga. Persoalannya, apakah pemimpin UMNO yang lain sanggup memberi peluang kepada Najib sekali lagi, untuk terus menerajui tampuk kuasa, jikalau gagal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU14?
Padahal, Najib, 64, telah memegang kuasa untuk 8 tahun, PM yang ketiga panjang tempoh pemerintahannya setakat ini. Timbalannya adalah Ahmad Zahid Hamidi yang sebaya dengannya. Anak tangga kuasa ketiga diduduki Hishammuddin Hussein, 56, dan seterusnya, Khairy Jamaluddin, 41, yang semakin menonjol sebagai pewaris kuasa pada masa depan.
Najib terselamat sekali lagi meskipun terpalit dengan skandal 1MDB, lantaran pendedahan skandal RM2.6 bilion oleh Wall Street Journal pada 2 Julai 2015. Namun dengan segala kuasa dalam tangannya, Najib memecat Muhyiddin Yassin yang teragak-agak untuk bertindak lebih awal ketika itu. Penghalangnya dialih, talian hayat politiknya dilanjutkan, dan kini Najib berdepan dengan cabaran dalam PRU14.
Apa yang jelas, jikapun UMNO-BN tidak ditumbangkan dalam PRU14, kepimpinan Najib tetap dipersoalkan, sekiranya status quo gagal dipertahankan. Ini bermakna seandainya UMNO-BN gagal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, atau jikalau Pakatan Harapan berjaya menembusi lagi beberapa kerajaan negeri, misalnya Kedah, Johor atau Perak. Kepimpinan Najib akan dipertikaikan jikalau BN menang kurang daripada 133 kerusi parlimen, atau UMNO memperolehi kurang daripada 88 kerusi parlimen sebagaimana yang tercapai dalam PRU13.
Justeru itu, Najib sebenarnya menghadapi tekanan untuk melonjakkan prestasi UMNO-BN secara keseluruhan. Tetapi jikalau Najib berjaya merampas kerajaan negeri Selangor, ini mungkin “jasa” untuk menebus “dosa”-nya. Atau jikalau UMNO merampas semula kerajaan negeri Kelantan yang hilang dari tangan UMNO sejak tahun 1990, ini juga prestasi yang mampu memahat namanya sebagai PM yang kedua panjang tempoh pemerintahannya, barangkali.
Apapun, ini cuma teori atas kertas bahawa hayat politik seseorang pemimpin politik ditentukan berdasarkan prestasinya. Mana-mana pemimpin yang gagal mencapai KPI-nya, akan di-rehat-kan, kalau dirinya enggan memberi laluan.
Cuma, perkembangan politik beberapa tahun kebelakangan memperlihatkan bagaimana pemimpin politik berada di tempatnya bukan kerana kepimpinannya, tetapi kekuasaannya. Lebih-lebih lagi, ia disokong dengan budaya dalam parti yang taat secara membuta tuli, ataupun terlalu takut untuk mempersoalkan pemimpin.
Padahal, Najib berada pada tempatnya bukan kerana kepimpinannya, tetapi kelicikannya memecah-belahkan pembangkang, dan kekerasannya untuk memancung musuh dalaman. Lama-kelamaan, sistem ini mengekalkan mereka yang paling licik berpolitik, dan bukan paling layak sebagai pemimpin. Mengikut logik, parti sedemikian akan menjadi semakin lemah kerana tanpa kepimpinan yang baik.
Persoalannya, sampai bila Najib boleh bertahan, dan sampai bila pula UMNO mampu bertahan? Lebih penting, sampai bila Malaysia boleh bertahan dengan keadaan sebegini?

No comments:
Post a Comment