Monday, January 8, 2018

Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh

Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh – Penganalisis
HASLINA KAMALUDIN - 8 JANUARI 2018
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, untuk kelayakan menjadi perdana mnteri, seseorang itu perlu bertanding dalam kerusi Parlimen.

“Anwar tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan peraturan di mana setiap tahanan penjara tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

“Ia sudah termaktub. Kerana itu, saya katakan, perkara (jadi Perdana Menteri) tidak akan menjadi kenyataan,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, untuk jawatan Perdana Menteri, calon itu perlu menang di Parlimen dan ia perlu diperkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

“Selepas bebas nanti, beliau hanya boleh aktif sebagai ahli politik tetapi bukan untuk mentadbir negara.

“Tetapi, Anwar juga boleh dilantik sebagai senator atau jawatan Menteri oleh Perdana Menteri sahaja. Itupun hanya untuk tempoh dua tahun sahaja,” katanya.

Dr Ahmad Martadha berkata, tidak wujud masalah jika Anwar akan dibebaskan pada Tarikh 11 Jun 2018.

“Pentadbiran penjara mempunyai kuasa untuk melepaskan Anwar.

“Kebiasaannya tahanan yang tidak mempunyai masalah disiplin akan dibebaskan. Namun, adakalanya kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang berlaku di dalam  sana (penjara), apa masalah mereka.

“Kerana itu saya katakan, semua keputusan membebaskan Anwar dibuat oleh penjara sahaja,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bebas 11 Jun ini]

Semalam, Presiden Pakatan Harapan Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, suaminya Anwar bakal dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.

Katanya, jika tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada Jun ini.

"Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun," katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka

Anwar, 71, kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Hingga kini, beliau telah menjalani hukuman penjara selama hampir setahun 10 bulan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mensabitkan Anwar setelah membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008

6 comments:

  1. YaAllah. Mereka pmerentah telah menunjukkan kekuasaan dan penganiayaan terhadap rakyat serta negara ini. Maka pd pru14 nanti Engkau tunjukkan lah serta kalahkan lah persatuan mereka serta unjukanlah kekuasaan Mu dihadapan mereka supaya mereka mngerti.... Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah.. Ini Mesia la beb. Sesiapa yang berkuasa bebas menafsir undang undang ikut suka hati jadi apa masalah? Tak gitu? Kah kah kah....

    ReplyDelete
  3. Dan tidak lama selepas itu, akan ditemui pesawat MH370, tetapi banyak tanah negara pula yang hilang.

    ReplyDelete
  4. kalau dah ada kuasa apa yang perlu boleh dirombak hukum negara penjajah ni bukan hukum Allah
    bukan susah snagat yang penting ada kuasa
    ynag masaalah bila ada kuasa takut nak jaga maruah negara n islam

    ReplyDelete
  5. Apalah turrr punya kangkong...itu semua orang tahu...tapi bagaimana jika mendapat perngampunan sepenuhnya dari DYMM Agong atau kes dibicarakan semula dan DSAI didapati tidak bersalah, atau selepas mendapat pengampunan dilantik sebagai senator atau selepas itu sesaorang mengosongkan suatu kawasan Parlimen untuk ditanding DSAI selepas beliau "dibersihkan"...bagaimana ...inilah yang kangkong professor kena bincang...bukannya membuat ulasan separuh tiang.... apa? prof kangkong ingat kita orang ni bodoh-bodoh belake ka....

    Anyway Prof Water Spinach (nama saintifik untuk kangkong)....kita orang tak berapa nak amik pot la about who's going to be the Prime Minister...because this is not the core business of our struggle...do you get it...? Honestly, given a chance, Usin Kengkang sebelah rumah mak saya tu pun could be a much better PM compared to Najib.
    Cuba prof kangkong buat analisa apa akan terjadi kepada Najib jika BN kalah PRU14. Tentu kami pembaca sekelian akan teruja dengan ulasan saudara dan saya pasti tidak akan memanggil saudara KANGKONG lagi....

    ReplyDelete
  6. Kalau najib jatuh pru14 nanti,bukan hanya najib n the geng malah dengan kangkong 2 sekali kita tebas...hahaha tak sabaq betoi aku

    ReplyDelete