Nik Abduh: Impian HARAPAN kuasai Putrajaya semakin 'jauh' tanpa PAS
mk - Dikemaskini 6 Mei 2017, tengahari 12:47
Impian Pakatan Harapan semakin jauh untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 apabila PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang itu.
Ahli Parlimem Pasir MAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, hanya dalam 'dua keadaan' sahaja DAP yang didakwanya mengetuai gabungan parti pembangkang itu, boleh menawan Putrajaya.
“Pertama, menjadikan bukan Islam sebagai majoriti dalam negara kita namun bagi saya jauhlah memandangkan statistik umat Islam di negara kita bertambah.
“Kedua, DAP hanya boleh menang apabila umat Islam ini hidup dalam keadaan hanyut, hanyut tidak jaga agama, mereka hanya hendak jaga duit, ekonomi, perut maka di sini mereka akan terkesan dengan umpan DAP.
"Tetapi kita yakin usaha dakwah yang dibuat oleh PAS, orang Melayu tidak sampai tahap lalai sehingga menerima perjuangan DAP,” Utusan memetiknya sebagai berkata.
Nik Abduh mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan PAS telah sesat kerana bermusuh dengan DAP dan berbaik-baik dengan Umno.
Nik Mohamad Abduh yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, matlamat utama PAS adalah untuk mendaulatkan Islam di negara ini dan kerana itu, ia tidak boleh bersama Pakatan Harapan kerana mendakwa DAP cuba menjadikan Malaysia sebuah negara liberal.
“Dengan sikap dan polisi DAP, matlamat mereka yang semakin jelas ‘Malaysian Malaysia’ yang dulunya difahami secara kabur oleh orang Melayu.
"Hari ini dengan tindakan-tindakan mereka ia semakin menjelaskan maksud sebuah perjuangan untuk menjadikan negara kita ini liberal, bebas tanpa ada ikatan agama, maka tidak mungkin PAS boleh bersama Pakatan Harapan untuk menang menuju Putrajaya.
“Kalau kita kekal dengan Pakatan Harapan, kita sendiri tidak boleh jamin kemenangan itu menjamin Islam berdaulat,” katanya.
Justeru, katanya, PAS akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk Umno bagi memastikan matlamat besar parti itu untuk mendaulatkan Islam di negara ini berjaya.
* Selamatkah kerusi PM bagi Nik Beduh pada PRU14 nanti?
'Satu kerusi pun AMANAH takkan menang'
N Faizal Ghazali
Dikemaskini 2 Mei 2017, petang 6:38
"Mereka adalah kemuncup. Satu kerusi pun AMANAH takkan menang di Kelantan," tegas salah seorang menantu kepada bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Abdul Ariffahmi Abd Rahman berkata, beliau yakin PAS berkemampuan untuk terus menerajui Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan.
"PAS mempunyai strategi tersendiri untuk terus kekal memerintah Kelantan," katanya ketika diminta mengulas senario politik di negeri itu dengan kewujudan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Untuk rekod, Ariffahmi pernah mencetuskan kontroversi apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan pada September 2009.
Pelantikan itu mengundang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa membabitkan amalan nepotisme, namun tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap beliau.
Nama Ariffahmi juga disebut-sebut menjadi antara punca hubungan Nik Abdul Aziz dengan beberapa setiausahanya menjadi renggang.
Perkembangan itu kemudian menyaksikan Anual Bakri Haron akhirnya tersingkir daripada jawatannya sebagai setiausaha politik Nik Abdul Aziz.
Anual Bakri kini menyertai AMANAH bersama seorang lagi bekas setiausaha politik Nik Abdul Aziz, Datuk Husam Musa.
Ariffahmi yang kini memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Machang berkata, selain tidak mendapat sokongan rakyat Kelantan, AMANAH juga hanya bergantung kepada sokongan DAP untuk memenangi sebarang kerusi pilihan raya.
"Mereka hanya bergantung kepada DAP, jika diberikan kerusi (DAP) untuk bertanding bolehlah menang di kawasan DAP," katanya sinis.
Selain itu, katanya, PAS sudah memiliki pengalaman lima kali bertanding pilihan raya dengan menghadapi pelbagai serangan dilakukan pihak lawan.
"Alhamdulillah kita yakin dapat menghadapi serangan (ujian) PRU ke-14 dengan baik. Gerak kerja bersepadu dan pertolongan Allah SWT, insya-Allah akan memberi kemenangan kepada kita," katanya.
Beliau ditemui selepas berakhirnya muktamar PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar semalam.

Kedua-dua org tu bilanya mereka pandai berpolitik.... point yg mereka cakap pun berterabur. Konon nk jd tukang telek pulok. Banyak cantiiik!
ReplyDeleteIkhlas cakap ni... lebai2 cap bulan ni pandai ceramah, kuliah dan usrah je!!! Tak lebih drp itu!
Kesian kpd ahli2 krn kredibiliti kepimpinan mereka takde tp naik dalam parti kerana nama ayah ataumertua je!!
Nik bedoh yg bodoh. Ingat ada master ni hebat ker? Lihat hadi awe nakoda mabuk barua broker butir tahik. Apolah sgt dgn nik beduh. Perasan bijak. Bila nk saman Amanah sbb buat seminar pemikiran nik aziz? Huhuhu. Ada loyer ker?
ReplyDeleteAda kawan aku. Dulu bapak dia ni org bepengaruh tapi sangat warak. Hidup sedrhana elaun tak usik keta rasmi takdigunakan. Anak nak rasa nikmat dunia tapi selau dinasihatkan supaya bersederhana. Bila bapak kawan aku ni meninggal ken aku ni tiba2 nampak dunoa diluar yg penuh kemewahan. Dia dikelilingi pengikut yang asyik memuji sebagai anak kepada seorang yg begitu baik dan dohormati. Tapi kawan aku ni tak merasa puas dengan nikmat dunia sehinggalah terlupa nasihat dan ajaran bapanya dulu. Nak rasa keta besaq pngkat dan pujian. Qpa org cakap lantaklah asal aku dapat menikmati nikmat dunia yang diimpikan seprti anak2 orang lain yang bapanya berpangkat besar. Kenapa aku tak dapat itu semua dulu luahan hati kawan aku ni. So inilah masanya kawan aku ni menunjukkan kuku sebenar yg disipman semasa hayat bapanya dulu. Hebat kawan aku ni sekarang.
ReplyDeleteHahaha lebai37
ReplyDeleteBila PAS sudah tersungkur nanti, ketika itu barulah sedar pesanan rakan-rakan supaya tidak terseradung butir taik. Tetapi sayang 90juta kali sayang, ianya sudah terlambat dan bau busuk butir taik akan terus melekat termasuklah juga Wan Rosli yang bengong itu. Bukannya lama lagi dan sama-samalah kita tunggu natijahnya.
ReplyDelete