Siti Mariah: Mana malu Zahid pada 1MDB?
mk - Hari ini, 11:55 tengahari
Tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap terbuka dan tidak malu dengan penahanan ramai anggota polis kerana disyaki terlibat rasuah membuka tanda tanya baru, kata seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, adakah timbalan perdana menteri itu juga "tidak malu" dengan beberapa pendedahan atau skandal lain yang melibatkan kerajaan negara ini.
Kata ketua Wanita AMANAH itu, tiada guna Ahmad Zahid menonjolkan kehebatan dirinya di depan media serta kakitangan awam dengan pengakuannya mengenai tangkapan anggota polis jika skandal berprofil tinggi lain disenyapkan.
"Memang Ahmad Zahid tidak malu mengakui bilis-bilis dari kalangan penjawat awam seperti anggota polis ditangkap kerana rasuah, tetapi rakyat lebih malu dengan pendedahan korupsi melibatkan golongan atasan seperti skandal 1MDB itu.
"Ahmad Zahid tidak boleh menggunakan hujah lemah kononnya pendedahan skandal tersebut hanyalah sebuah konspirasi asing untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Semalam media tempatan melaporkan, Ahmad Zahid yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui beliau tidak malu untuk mengambil tindakan dan enggan berkompromi terhadap mana-mana kakitangan di bawah kementeriannya yang disyaki melakukan rasuah.
Rakyat biar ada rasa malu
Kenyataan itu merujuk kepada tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sejumlah anggota polis termasuk pegawai kanan akhir-akhir ini.
Perkembangan itu juga mendorong Polis Diraja Malaysia melakukan rombakan dalaman secara besar-besaran.
Dr Siti Mariah berkata rakyat malu apabila KDN gagal mengawal kehadiran pekerja asing di negara ini sehingga jumlahnya dilaporkan mengatasi populasi masyarakat berbangsa India pada tahun lalu.
Jika tidak dikawal, katanya, jumlah pekerja asing itu mungkin akan menjadi lebih ramai berbanding penduduk Melayu pada 2040.
"Percayalah, selagi kes seperti ini tidak dibawa ke muka pengadilan, selagi itulah tiada siapa yang percaya kepada kualiti integriti pimpinan kerajaan sekarang," katanya.
Bagaimanapun pada masa sama Dr Siti Mariah berkata, beliau "memahami" bahawa jawatan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri diperoleh hasil daripada pertelingkahan pendapat dalaman pimpinan tertinggi kerajaan berhubung 1MDB.
Justeru anggota parlimen Kota Raja itu berkata, sempena kedatangan Ramadan, rakyat perlu berazam untuk bangkit melawan kezaliman, penipuan dan penyelewengan yang sekian lama menghimpit kehidupan rakyat di negara ini.
"Biarlah rasa malu kita dengan masalah dalam negara ini dan menuntut ia ditangani segera dengan keberanian melakukan perubahan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Allah akan tanya ..
ReplyDelete1. Cara mana dapat kumpul harta
2. Kemana kamu belanja kan ..
nak ikut cara Halal atau HARAM ..
IMAN & TAQWA . ..DAPAT MENANGKISNYA..
Dr Siti Mariah,
ReplyDeleteTerima kasih atas keberanian mengatakan yg benar walaupon pahit kpd pemerintah yg bertindak kepada balaci2 sahaja.
Seperti Danial, pemegang mohor ungkapkan, untok yg rasa diri mereka berkuasa, perkataan 'sipu' diguna.
Terima kasih juga pd tuan pengusaha blog.
Insya'Allah ganjaran adalah disisi Allah S.W.T. Aamiiin.