Politik "makan keliling"
Posted on Wednesday, May 31 @ 08:18:33 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Global
Oleh Haris Zalkapli
Qatar, menurut pemerhati, mengamalkan dasar "omni-balancing" dalam hubungan luarnya, melibatkan usaha mengimbangi persaingan dan kerjasama dengan kuasa-kuasa serantau dan kuasa besar Amerika Syarikat.
Dasar pragmatik ini menyaksikan Doha menjaga hubungan dengan kedua-kedua Arab Saudi dan Iran, berusaha menjatuhkan sekutu Iran di Syria tetapi terus mengekalkan hubungan pada tahap yang baik
Doha menyokong kumpulan pemberontak yang berkepentingan tidak selari dengan AS dan Saudi di Syria, mendukung Ikhwan Muslimin, dan berhubungan baik dengan Hamas, pada masa sama menjadi lokasi pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat.
Sejak lebih sedekad, melalui media al-Jazeera dan ilmuan Dr Yusuf al-Qaradawi yang menjadi instrumen dasar luar yang efektif bagi Doha, Qatar meluaskan pengaruh ke seluruh dunia Arab, kemuncaknya dalam tindakan menjatuhkan Muammar Gaddafi dan penguasaan Ikhwan di Mesir.
Pencapaian dasar luar Qatar yang pantas dan cemerlang sejak 2011 itu kemudian tersekat selepas Emir Hamad bin Khalifa al-Thani turun takhta secara tiba-tiba, dan digantikan anaknya Tamim bin Hamad al-Thani.
Dalam buku Qatar and the Arab Spring oleh Kristian Coates Ulrichsen (Oxford, 2014), dikatakan Tamim berhasrat membawa haluan dasar luar berbeza daripada bapanya, tetapi disekat oleh orang lama yang masih ramai dalam pentadbiran negara.
Perubahan dasar luar Qatar sebenarnya kelihatan agak jelas selepas Tamim ditabal sebagai emir, antaranya dengan kerjasama lebih rapat dengan Arab Saudi. Tetapi sikap terhadap Ikhwan Muslimin masih kekal dan mencetuskan masalah dengan jiran-jiran terutama Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
Pada 2014, Qaradawi menjadi sasaran Emiriyah, Saudi dan Mesir hingga dikeluarkan waran tangkap terhadap beliau, hasil daripada kenyataan-kenyataan ilmuan itu yang menyebabkan kemarahan Abu Dhabi, Riyadh dan Kaherah.
Doha kelihatan berundur selepas episod itu, tetapi perkembangan terkini menunjukkan dasar luar yang sama masih diteruskan, walaupun dengan sedikit perubahan.
Komentar-komentar keras dalam akhbar berpengaruh berbahasa Inggeris Emiriyah, The National yang mengecam Doha selama empat hari berturut-turut menjelaskan sentimen Abu Dhabi pada masa ini.
Dalam tempoh seminggu, Saudi dan Emiriyah menampakkan keberangan terhadap satu kenyataan emir Qatar, yang menjelaskan bahawa Doha meneruskan dasar mengimbangi semua kuasa serantau, melalui pendirian yang ia tidak perlu mengikut agenda Arab Saudi dan sekutu Teluk lain memusuhi Iran.
Selepas pencapaian dasar luarnya disekat beberapa tahun lalu, nampaknya Qatar kini bersedia untuk meneruskan dasar luarnya yang agresif, mengutamakan kepentingannya sendiri berbanding pertimbangan lain, walaupun menjejaskan hubungan dengan kuasa serantau.

No comments:
Post a Comment