Saturday, May 6, 2017

Benarkah berita ini yang sangat dinantikan?

Berita yang sangat dinanti-nantikan
Pada 3 Mei 2017
oleh Nor Miswary Ramli

Ribut yang menghempas bumi Kota Sarang Semut di Kedah tempoh hari dipercayai sebagai takdir Allah yang datang mengiringi keputusan yang dibuat di dalam Muktamar Tahunan PAS kali-63 yang berlangsung sepanjang 29 April 2017 hingga 1 Mei 2017 yang lepas.

Ianya ditegaskan lagi oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai takdir Allah dan bukan bala bencana seperti yang didakwa sesetengah pencemburu PAS. Ia sekadar hujan lebat biasa bersekali ribut yang menumbangkan hanya beberapa buah khemah niaga di Tapak Expo dan mengutip seramai 17 mangsa.

Ia bukan bencana sebagai balasan dari Tuhan. Sudah tentu bukan. Ulamak dan pimpinan PAS tidak ada salah dan silap di mana-mana. Mustahil ribut yang datang tiba-tiba itu adalah signal untuk mereka.

Tetapi, yang tidak kita ketahui dengan takdir ribut ini adalah, ianya satu petanda besar untuk sebuah lagi keputusan penting dalam strategi perjuangan politik PAS. Itu sahaja. Bukan bala, bukan bencana.

PKR hari ini telah menerima nasib yang sama seperti DAP. Strategi kerjasama politik yang dipanggil sebagai tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terputus melalui usul perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat yang juga telah disokong sebulat tekad dan kemudiannya diterima tanpa bahas oleh para perwakilan.

Ia saling tak tumpah dengan apa yang diperlakukan ke atas DAP dalam muktamar PAS kali-61 di Kuala Selangor tahun 2015 dulu. Untuk rekod, kedua-dua usul memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR di dalam muktamar ke-61 dan ke-63 itu, masing-masing dibawa oleh Dewan Ulama PAS Pusat.

Oleh kerana keputusan muktamar lebih tinggi daripada Majlis Syura, keputusan memutuskan hubungan dengan PKR ini hanya menunggu masa sahaja untuk dipateri. Putus tetap putus.

Langkah lebih mudah

Namun, perceraian antara kedua-dua parti pembangkang paling berpengaruh ini wajar diterima dengan senang hati oleh Pakatan Harapan sebagai sesuatu yang akan mempermudahkan langkah kita seterusnya.

Apa yang menjadi dakwaan ramai orang selama ini akan kewujudan sebuah ‘kerajaan gabungan’ atau popular sebagai UG (Unity Government) di antara PAS dan UMNO, sebenarnya telah mula menampakkan kebenarannya.

Ia mungkin bukanlah sebuah kerjasama politik di peringkat parti dengan parti. Tetapi ianya merupakan sebuah kerjasama atau perjanjian persefahaman yang boleh menyelamatkan dan memudahkan kedudukan antara satu sama lain.

Yang pasti apapun jenamanya, namun apabila tujuannya hanya untuk mengekalkan PM Najib Razak dan gerombolannya di Putrajaya, ia wajib ditolak.

Maka, serangan kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) hari ini secara langsung akan menjadi serangan satu peluru untuk dua sasaran. Lebih jimat dan lebih berkesan. Lalu benarlah seperti yang pernah saya tulis di ruangan ini dulu; sudah semakin jelas, bukan sahaja UMNO-BN, malah PAS kini sudah sepatutnya ditewaskan juga.

Andaikata PAS masih berdegil mahu kekal di dalam kerajaan Selangor misalnya, tahulah kita PAS juga bertuhankan kuasa dan jangan kita tersilap congak mendakwa hanya UMNO-BN sahaja yang ada nafsu serakah seperti itu. Sifat maksum hanya ada pada Nabi dan bukan pewaris baginda.

Maju terus ke hadapan

Pakatan Harapan ditubuhkan dengan keanggotaan PKR, Amanah dan DAP wajar merebut peluang terbaik ini. Malah dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), strategi memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 untuk menumpaskan UMNO-BN akan menjadi lebih tersusun, lebih fokus dan pastinya akan lebih berkesan. Pakatan Harapan tanpa PAS bagai bahtera yang lebih lancar meluncur laju.

Kini Pakatan Harapan terutamanya PKR akan lebih mudah untuk mengurus sikap politik PAS selepas usul tersebut. Segala persoalan sia-sia yang menyelubungi kedua mereka telah boleh dibuang jauh.

Yang tinggal sekarang hanyalah bagaimana Pakatan Harapan untuk maju terus ke hadapan merencana serta memberi penerangan supaya maklumat sampai ke semua segmen pegundi.

Pakatan Harapan sudah boleh menumpukan segala kudrat untuk memperkasa idea-idea yang boleh diterjemah sebagai manifesto pilihan raya dan juga memperkukuh kesatuan sesama parti komponen tanpa perlu memikirkan bagaimana lagi untuk memujuk PAS.

Ini akan membina jalur garisan yang lebih jelas buat rakyat membuat penilaian. Garisan yang memisahkan kedua-dua pihak, yakni mereka yang mempertahankan UMNO-BN dan di satu pihak yang lain ialah mereka yang menentangnya dengan tujuan memberi kebajikan kepada rakyat dan menyelamatkan negara. Masakan tidak, musuh PAS kin tidak lagi UMNO-BN, tetapi DAP!

Terlalu banyak masa terbuang

Semua ini menjadi semakin mudah dengan keputusan PAS minggu lalu. Tidak ada yang lebih jelas di pihak blok pembangkang sehinggalah hari ini.

Ketiadaan PAS di dalam blok pembangkang yang selama ini cuba diheret sekali sebenarnya telah memudahkan usaha-usaha untuk mengikat kemas dan memasarkan nama Pakatan Harapan kepada rakyat.

Terlalu banyak masa dibuang hanya untuk melayan kerenah mereka yang sejak terkuburnya Pakatan Rakyat tidak langsung memperlihatkan kesungguhan untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Keputusan yang dibuat oleh PAS itu sebenarnya telah melegakan banyak pihak. Hari ini, pengundi akan lebih mudah untuk membandingkan; ke arah mana Pakatan Harapan mahu memandu rakyat sebagai sebuah kerajaan yang bersedia untuk menggantikan BN berbanding PAS yang hanya dilihat sekadar mahu menjaga kedudukan parti dan pemimpin-pemimpin yang mereka puja sahaja.

Telah tiba masanya Pakatan Harapan mengorak langkah sederap dan benar-benar memberi harapan kepada rakyat. PAS tidak lagi memberi laba keuntungan melainkan hanya kepada Datuk Seri Najib Razak dan parti pimpinannya.

Ia bukan berita buruk buat PKR selepas PAS membuat keputusan mahu memutuskan tahaluf siyasi di antara mereka dan menutup jendela perbincangan dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Harapan.

Ia adalah berita yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua yang sudah bulat tekad untuk menghumban UMNO-BN dalam PRU-14 yang akan datang.

*Nor Miswary bin Ramli adalah Pengerusi DAP Cawangan USJ, Subang Jaya

5 comments:


  1. Sama2 kita kembali merenong sejarah nabi2 hadis2 serta BUKTI2 ddlm Quran..

    1) Apa itu UJIAN?

    2) Apa itu BALA?


    1) UJIAN

    --sbg cth nya nabi SAW dicaci maki..dibaling batu, dihambat keluar dari kota Mekah dan cuba utk dibunuh oleh KAFIR Quraish termasuk org2 Yahudi yg "mengaku" mrk juga beriman kpd Allah!?

    --- cth2 ujian luka cedera parah ddlm peperangan demi menegakkan sbnr2 KBNARAN & KEADILAN univrsal azali-ILAHI yg TIADA samaskali cenderung kpd kezaliman sdikit pon!

    -- cth lg sprt nabi Yusof as diFITNAH dan disumbat kdlm penjara oleh isteri pmbesar yg durjana!

    --- cth berikutnya sprt nabi Ibrahim as dihumban oleh pemuka2 & pembesar2 kaumnya yg ZALIM kedlm api

    UJIAN..
    ..ujian itu dtg nya dari tangan2 pembesar yg KORUP lg zalim yg menindas ummat, yg MEMUSUHI org2 yg LURUS KUDUS TELUS Iman mrk kpd Allah krn "membongkar" sgl MAKAR kjahatan yg pembesar2 KAFIR/Musyrik/MUNAFIQ/MURTAD itu tlh lakukan!

    Sebaliknya..



    2) BALA

    BALA..
    Bala pula dtg nya dari makhluk2 Allah yg merupakan "KUASA-alam" sprt banjir, RIBUT, laut, angin panas, gegaran gempa yg mnjd tentera2 Allah utk mmberi AMARAN kpd "musuh2-NYA" yakni pembesar2 KORUP yg zalim..SERTA "teristimewa" skali dituju kpd sekutu2/konco2/talibarut2 sedondon yg turut terlibat mnjd "PENDUSTA2-agama" dek krn umpan HARTA & kuasa!

    --- sprt cth Firaun ditelan laut Merah bersama walauns2 wala'nya semua

    --- cth gegaran gempa yg mnghempap kaum nabi Luth

    --- angin panas mnghancurkan kaum2 nabi Hud & Soleh

    --- RIBUT yg memusnahkan khemah2 kaum Quraish yg bersekongkol dgn olarmak2 ahli2KITAB/Ugama Yahudi ddlm perang Khandak!

    --- krn mrk berdusta trhdp ALAM yg merupakan makhluk2 Allah yg LURUS...tiba2 ada dikalangan Yahudi yg "mngaku" beriman kpd Allah dijdkan Kera & Babi krn membelat ikan dihari Jumaat utk ditangkap pd hari SABTU!


    Kesimpulannya..

    BALA sprt RIBUT itu memang ditujukan kpd MUSUH2 Allah yg juga merupakan MUSUH nabi2..yg sentiasa MEMUSUHI sbnr2 & sbnr2-Amanah KBNARAN serta KEADILAN drp Allah!

    BALA..sgt2 mudah menimpa kpd sesapa shj yg terang2 MEMUSUHI Amanah-INTEGRITY-Transparency, iaitu mrk yg sgt2 takut kpd AUDIT/hisab krn harta yg tlh mrk CURI & coba utk bersembunyi--dgn sandiwara2 jubah sorban @ Tahajjud dan TAHNIK serta laungan2 TAKBIR utk tujuan pemBODAHAN!

    Adakan RIBUT itu tolol dan buta TAK nampok sama sprt lobai2 walauns!?


    ReplyDelete
  2. Orang2 cap bulan amat hampir dengan Allaah...itu pentafsiran mereka. Jd, ribut baru2 ni tu ujian semata2 dan tidak lebih drp itu.
    Kenapa ujian dan tidak bala? Mungkin kerana mereka ni orang2 yg hampir dan Allah dan mereka menjadi pilihan setiap detik dan ketika. Takkan Allah nk anianya mereka.
    Mereka semua dah ada no keahlian parti... hampir pasti ke sorga punya kan? Kih kih kih!!

    ReplyDelete
  3. Dulu UG .. dinafikan .. sekarang sudah nampak HASILNYA .. agak2 nya ..siapakah dikalangan pemimpin PAS akan diLANTIK sebagai Menteri @ sebalik nya .. dalam kabinet Najib .. hu hu hu ..

    ReplyDelete
  4. Malangnya MB Selangor masih menaruh harapan pada PAS....entahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya ramai adun2 PAS Selangor memilih Azmin Ali berbanding Hadi.

      Hadi tu bodoh, kaki buat kerja mungkar!!!

      Memerintah Terengganu tak reti, Allah tak beri petunjuk sebab hati hitam tak ada nur sebab selalu buat maksiat!!!

      Delete